Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Sabtu, 25 Jun 2011
Roti Bowen / pizza Bowen
Operasi wat menu sarapa pagi ~~Roti Bowen / pizza Bowen ...ehhhmmmmmmmm memang sedap dan lembut.....tqvm kak Rose dan KaK sherry sumber inperasi ini...muahhhhhh :) <3.... ROTI BOYAN (BOWEAN) Bahan-Bahan Kulit 650 gm tepung gandum 320 ml air suam-suam panas 60 ml minyak sayur 2 sudu makan minyak sapi ½ sudu teh baking powder 1 sudu teh gula (tak letak) ½ sudu teh garam Cara: Satukan air suam panas, minyak, minyak sapi, baking powder, gula dan garam di dalam sebuah bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut. Buatlah beberapa bebola mengikut saiz yg anda inginkan. Biarkan sebentar. - Saya gaulkan aje semua sekali- Biarkan..sementara membuat intinya..Dgn adunan di atas boleh dpt 16 keping Roti. Berat adunan 1kg- bahagi kpd 2 dan teruskan sampai dpt 16...(lbh kurang 63gm setiap satu) Bahan Inti 1 kg kentang (dibersihkan & direbus hingga empuk, kemudian buang kulit dan lecek) 3 biji telur (kocok sedikit) sedikit daun sup/bawang (dihiris) 2 biji bawang besar (potong dadu) sedikit sayur campur (optional) secukup lada putih serbuk garam secukup rasa Cara Gaul semua bahan dan sesuaikan rasanya. - Saya mengikut cara (1) tp hanya goreng sekejap saja dgn sedikit shj minyak dan sambung bakar didlm oven... Yg lebih boleh disimpan di peti beku untuk masa darurat - hajeeeee kan!!!!! SEDAP DI MAKAN DGN SAMBAL IKAN BILIS - POWERzzzzz Cara Membuat Roti Bawean (1) Canai satu bebola doh yg direhatkan tadi hingga menjadi sekeping bulatan. Isikan dgn inti dan lipatlah menjadi persegi empat. Goreng diatas kuali leper seperti menggoreng roti canai.Bubuh minyak sekali-sekala dan angkatlah setelah Roti Bawean ini kekuning-kuningan. Cara Membuat Roti Bawean (2) Ambil dua bebola doh. Satu di canai leper menjadi sekeping bulatan. Yg satu lagi dicanai nipis sekali menjadi bulatan besar. Kemudian bubuh minyak sedikit ke atasnya. Setelah itu, doh dilipat-lipat dan disusun seperti siput. Rehatkan sebentar. Setelah itu canai semula menjadi leper. Ambil doh pertama tadi dan bubuh inti. Kemudian tindihkan dgn doh kedua ini dan tutup dgn kemas lalu dikelim. Goreng hingga masak.
p/s:Roti Bowen / pizza Bowen sedap di makan dgn sambal tumis..klu dah makan pasti tak ingat org belakang...klu wat lebih boleh di frezzakan..goreng separu dan masuk peti ais ..bila2 teringin nak makan lagi panaskan / goreng semula..muahhhh salam sayang dari Aida di SRKM....:))
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
roti bowen ni mengingatkan kembali ''sejarah'' lama hehehehe
BalasPadamya cha....akan ku kenang sepanjang nya..hehehe :))
BalasPadam