Khamis, 23 Jun 2011

~~Karipap sardin~~


Bahan-bahannya:-
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
1/2 cawan minyak masak - panaskan
garam sikit
2 cawan air sejuk/ suam - jgn abiskan agak2

INTI :)dah wat banyak tambah ya....

1 tin sardin
1 sudu lada kisar
1 biji bwg besar
3 ulas bwg
klu nak tambah kentang 1 biji pun ok...

Cara-cara:-
-Untuk membuat kulit karipap - wat lubang ditengah2 tepung dan campurkan tepung gandum dahulu dgn marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup dan sedap dan tidak keras w/p sampai ke petang). Gaul rata guna sudip sbb panas. bila dah agak suam guna tangan gaul sebati dan jadi macam serbuk roti( peroi) lepas tu baru masukan Bancuh air sejuk / suam +garam .Masukkan sedikit2. uli dgn tangan , Uli doh hingga boleh dicanai dan tiada tepung yg melekat kat tangan,dan mudah ketika mengelim.masuk kan doh dlm plastik supaya tak kering.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu , rendam dan ketepikan.

-Blenda bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan lada kisar hingga naik bau. masukan kentang , air cikit rebus singga empuk dan Masukkan sardin pecah2 ikan sardin dan kacau rata. add garam secukup rasa dan sikit gula/serbuk perasa. dah ok boleh tutup api dan sejukkan .

-Apabila inti telah sejuk, boleh lah mulakan proses mencanai dan mengelim,dah siap ......Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan