Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Jumaat, 17 Jun 2011
~~Ikan Keli Sambal Kantan~~
Menu hidangan aida sefamily .ada org tak pandai nak makan ikan keli tp..kat rumah ni ikan keli adalah lauk pebrettttt....banyak yg kita boleh wat masak ikan keli...seperti Lomak cili api perahhhh berapi2....klu makan pasti berapi2...podasss...tp kali ni aida masak Ikan keli kantan.. jom tengok resepi....lepas tu layannnnnn salam sayang dari Aida di SRKM ...
Bahan-bahannya:)
6 ekor ikan keli - nak buangkan lendir lumurkan dgn asam jawa @ perahan limau , Basuh bersih dan toskan .
4 sudu besar lada kisar
6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
2 batang serai *
2 inci halia *
2 kuntum bunga kantan di hiris halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan air asam jawa / secukupnya
Garam, gula dan perasa
Minyak secukupnya
CARA-CARANYA:
-Kisar bahan yang bertanda *
-Panaskan minyak secukupnya didalam kuali.
-Taburkan sedikit garam pada ikan tadi, gaul rata dan gorengkan , angkat dan ketepikan.
**Untuk mengelakan ikan dari meletup semasa mengoreng sebelum goreng bedakkan ikan keli dgn tepung gandum .
-Dikuali yang sama cuma kurangkan jumlah minyaknya, tumis bahan kisar ,lada kisar dan serbuk kunyit hingga garing dan pecah minyak, kemudian tuangkan air asam jawa, kacau rata hingga hampir kering, kemudian tuangkan cikit air ,masukan bunga kantan , kacau lagi hingga hampir kering, masukkan garam, perasa dan gula, kacau hingga sebati dan akhir sekali masukkan ikan sambil terus dikacau hingga rata dan sebati, klu dah ok semuanya bolehlah ditutup apinya
dan hidangkan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cha suka jgk ...tp x suka nk masak dia leceh lerrr tp yg aida buat ni cam besh jer eh!!
BalasPadamklu rumah ni pebrettt cha.....makan seorang seekor...
BalasPadam