Memaparkan catatan dengan label Karipap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karipap. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2013

Karipap Pusing berintikan kentang ....Alhamdulillah menjadi nampaknya....

Assalamualikum dan salam sejehtera wat semua kekawan aida yg disayangi...
Alhamdulillah....Hari ini aida cuba berexperiment Karipap pusing sumber resepi dan ikut step by step dari Ustazah Ani..INi Aida wat 1/2 adunan jee...10q tazah ani menjadi nampak karipapnya pun ranguppp....walaupun tak secantik tazah punya karipap dan tak berapa nak pusing corak2 nya ..Alhamdulillah ini le adonan tepung yang terbaik aida rasakan .... dulu2 pernah juga cuba operasi tp tak berapa nak menjadi....my be tak mahir lagi ...cuma lebih mahir dgn karipap kampung jee....Jom layan sejuk2 ni sedapnyaaaa... 
 — diTaman Saujana Seksyen 2.




 Jom kita cuba2 operasi ....JOm kita Nikmati dan Jom Layannnn......
kata tazah Ani klu seadunan ni nanti kita akan dpt 70 biji giyu le.....
aida wat 1/2 adunan ni pun dah dpt dlm 28 biji.....Alhamdulillah hilang mengences dan teruja  nak operasi lagi nanti ....

~~Karipap Pusing ~~  pastrynya saja....inti operasi seperti biasa ok... Aida wat 1/2 adunan je dari resepi ni...

sumber resepi dari tazah Ani .....mohon aida adaptasikan di SRKM ya....sebagai tanda terima kasih kerana aida telah  mencubanya  .....



 Bahan (A)... (Yg magerin/ kuning  )

 2 cwn tepung gandum.
 2 sudu besar Tepung jagung,
4 sudu besar Veg shortening,
5 sudu besar margerin..
gaul rata dan bulat2 kan mcm ni.
Rehatkan sbntar dlm 15 minit.
 



  Bahan B. ( yg putih )

 4 cwn tepung gandum ,
2/4 cwn minyak ,
2 sudu kecil garam,
1 cwn air dan lebihkan 1/4 cwn air (air msukkan sdk2 air yg 1/4 cwn tu takut terlembik)..
uli sdkt jd kan bulat2 mcm ni.
rehatkan sbntar dlm 15 m
init


 Biarkan 15 minit....
 ambil seketul adunan  (B) putih dan canai  sapu sikit papan dan pencanai dgn tepung  gandum supaya tak melekat....


 canaikan 
Masukkan adunan bahan A ke dlm bhan B


 bulatkan dan kemaskan kedua2nya... wat semua nya jadilah 4 ketul besar (1/2 adunan jee ni  )



ambil satu dan  canaikan memanjang...jd mcm ni...


 lipatkan
 pusingkan yg lipat itu memanjang. dan canai memanjang jugak...pusingkan melebar dan ulang semula lipat dan canai...kalau rajin ulang lagi sehingga 3x...



 dah puas hati dgn lipat dan canai lepas tu kita gulungkan


 Jadi le macma ni .....dpt 4 gulungan 1/2 adunan dahhhhh siap...


 macma comel jeeee...kihkihkih....


 lepas tu potong tebal2 sebegini


 ambil satu yg dah dipotong dan canai nipis dan apa lagi ....
 Masukkan inti dan mula mengentel dan mengelim dgn kemas supaya inti tak terkeluar ya
...

 kelimkan mengikut kreativiti anda...dah siap punnnn kipap pusing mama Aida 


 macam kemas  jeeee...macam comel jeeeee,,,kihkih jgn mareeee .....


 siap sedia utk di goreng ....


 Ada lebih sikit kita frozennkan dia ....sebelum tu kita bakar sekejap ... klu nak makan lagi nanti dah senang dah boleh goreng....klu ada tetamu lagi besttt dpt rasakan hasil gentelan dan air tangan kita yang tak seberapa ni wallah....seronokkkkknya  bila experiment kita menjadi dgn sempurna.....Alhamdulillah.....


 Inilah HASILNYA!!!!!! sedap dan rangup....
Selamat mencuba dan sambutlah salam sayang yg berpanjangan dari Aida di dapur  "Sentuhan Rasakasih Mama Aida " muahhhh2x hingga berjuma lagi kita dilain  entry....  Dan selamat Menikmati karipapapusing utk juadah sarapan pagi @ minum petang .....layannnnn pastinya sedap dan tidak menghampakannnn.....dahhhhh :)  

Ahad, 29 Julai 2012

JOM Cuba2 Experiment operasi Karipap Pusing .....Wat jgn sampai kepala yg pusing....heheh..




JOM cuba2 Experiment operasi Karipap Pusing .....Wat jgn sampai kepala yg berpusing....heheh..Hari ini cuba experiment lagi ...operasi karipap pusing.....ni gara2 kes karipap pusing yg tak berapa nak pusing semalam......macam ada peningkatan sikit dan masih banyak perlu di pelajari cara dan tekniknya.....masih study lagi .....Alhamdulillah...






Doh minyak / biasa dan Doh majerin .....




karipap Pusing :  sumber inperasi dari Nazian Nasir 10q yan ....

bahan2nya;
(doh minyak / Biasa )
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam - klu kurang boleh tambah lagi 


*campurkan garam kedlm tepung,curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari....sampai rupa agak peroi gitu...sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit ditangan.Aida bahagikan kepada 5 dan bulat2 ..ketepikan .

(doh marjerin)
150 gm tepung gandum
100 gm marjerin
gaulkan kesemuanya sehingga mendapat doh yg tidak melekit ditangan.Ini juga aida bahagikan kepada 5 dan bulat2 kan..



* Ambil doh biasa dan canaikan sedikit(jgn besar sangat) dan letakkan doh marjerin diatasnya dan balut semula.wat semua sampai abis dan simpan doh dlm plastik supaya tak kering.

* Ambil doh yg dijadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis (saiz spt saiz roti canai).Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung spt menggulung tikar.

* Kemudian dpt 2 doh gulungan tikar dan canaikan/terap lagi dlm keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ini.
* Biarkan bentuknya lonjong kemudian gulung semula spt gulungan tikar dan terapkan (proses menggulung sebanyak 2 kali).


* Doh yg digulung kali kedua kemudian dipotong mengikut ketebalan yg dikehendaki.Setelah itu canaikan semula (spt cara membuat karipap biasa). masukan inti , picit tepi2nya dan gunting mana2 yg ada lebih trim bentuk karipap biar nampak cantikkk ...kemudian kelim kemas.... 








Dah siap boleh di goreng dgn minyak yg banyak ..api sederhana..klu nak frozenkan bakar kejap dlm oven dlm 8-10 minit ..tunggu sejuk packing dan bertapakan dlm i/box...terjerak hati nak makan kipap pusing  senang dah ada tinggal panaskan kuali jeee......






Khamis, 23 Jun 2011

~~Epok- Epok Sayur ~~I


Ini Epok- Epok sayur gergasi /piring :)) aida gelarnya sbb besarnya sebesar piring...tengok ni nak wat terpaksa duduk diam2 dlm piring...dan bubuh inti dan kelim kemas2 heheh


dah siap dikelim ... epok-epok pinggan /gergasi ...hehehe inti sayur carot, taugeh , bawang besar di dadu, add lada sulah , garam + telur....gaul bagi rata semua bahan2 bercampur..
Perlu di ingat masa mengoreng api mesti kecil saja....supaya inti dlm masak dgn sempurna....goreng nya agak lama dalm 30 minit sbb guna api kecil saja..makan dgn sambal sos cili cair .....perahhhhhh makan tak ingat ....


** Epok- epok sayur gergasi( pinggan) ada inti sayuran dan telur di makan bersama kuah/ sambal sos cili 1 keping boleh makan 3- 4 org ...muai...

KARIPAP INTI KELEDEK.CITRA-RASA AIDA...


Bahan-bahannya:-

1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
1/2 cawan minyak masak - panaskan
garam sikit
2 cawan air air suam - jgn abiskan

INTI

5 biji keledek sedang
2 sudu besar udang kering -kisar
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar- kisar
2 ulas bwg putih- kisar
i kuib pati ayam
Garam dan gula secukupnya
air
2 tangkai daun kari- hiris halus

Cara-cara:-

Untuk membuat kulit karipap - wat lubang ditengah2 tepung dan campurkan tepung gandum dahulu dgn marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup dan sedap dan tidak keras w/p sampai ke petang). Gaul rata guna sudip sbb panas. bila dah agak suam guna tangan gaul sebati dan jadi macam serbuk roti( peroi) lepas tu baru masukan Bancuh air +garam .Masukkan sedikit2. uli dgn tangan , Uli doh hingga boleh dicanai dan tiada tepung yg melekat kat tangan,dan mudah ketika mengelim.simpan doh dlm plastik utk mengelakan dari kering..

Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu , rendam dan ketepikan.
Blend udang kering,bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam ,gula secukup rasa , serbuk perasa jik suka. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.

Apabila inti telah sejuk, boleh lah mulakan proses mencanai dan mengelim,dah siap ......Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

Salam sayang dari Aida di SRKM......

~~Karipap sardin~~


Bahan-bahannya:-
1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
1/2 cawan minyak masak - panaskan
garam sikit
2 cawan air sejuk/ suam - jgn abiskan agak2

INTI :)dah wat banyak tambah ya....

1 tin sardin
1 sudu lada kisar
1 biji bwg besar
3 ulas bwg
klu nak tambah kentang 1 biji pun ok...

Cara-cara:-
-Untuk membuat kulit karipap - wat lubang ditengah2 tepung dan campurkan tepung gandum dahulu dgn marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup dan sedap dan tidak keras w/p sampai ke petang). Gaul rata guna sudip sbb panas. bila dah agak suam guna tangan gaul sebati dan jadi macam serbuk roti( peroi) lepas tu baru masukan Bancuh air sejuk / suam +garam .Masukkan sedikit2. uli dgn tangan , Uli doh hingga boleh dicanai dan tiada tepung yg melekat kat tangan,dan mudah ketika mengelim.masuk kan doh dlm plastik supaya tak kering.

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu , rendam dan ketepikan.

-Blenda bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan lada kisar hingga naik bau. masukan kentang , air cikit rebus singga empuk dan Masukkan sardin pecah2 ikan sardin dan kacau rata. add garam secukup rasa dan sikit gula/serbuk perasa. dah ok boleh tutup api dan sejukkan .

-Apabila inti telah sejuk, boleh lah mulakan proses mencanai dan mengelim,dah siap ......Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan

Isnin, 20 Jun 2011

~~KARIPAP KENTANG CITRASA AIDA~~


Assalamulaikum wat semua kawan2 .Operasi sarapan apa pagi ni??....Dah lama rasanya aida tak mengelim karipap rasa dah gatai aje tangan ni nak mengelim...:)...kebetulan My Hubby En.Sham pun dah minta wat karipap....Ini lah sarapan aida sefamily utk pagi sabtu ini...Karipap inti kentang......"MEMANG POWERRRR DAN MABLESSSSSS"....nak rasa jom operasi ....:))

Bahan-bahannya utk pastry :-

1 kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin + 3/4 cawan minyak masak - panaskan
500ml  cawan air suam - jgn abiskan ( sikit jeww air panas + air sejuk 1.5)
garam + sikit air

INTI :)
1 kg kentang
3 sudu besar udang kering -kisar
3 sudu besar kari ayam/daging - aida guna serbuk kari Babas
1 biji bwg besar- kisar
3 ulas bwg putih- kisar
1 kiub pati ayam knoor
gula- secukupnya
garam- secukupnya
air- secukupnya nak empukkan kentang (aida masukkan air separas kentang )
2 tangkai daun kari- hiris halus

Cara-cara:-
-Untuk membuat kulit karipap - wat lubang ditengah2 tepung dan campurkan tepung gandum dahulu dgn marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan , hendak lah digaul masa panas2.(utk mendapatkan kulit karipap yg rangup dan sedap dan tidak keras w/p sampai ke petang). Gaul rata guna sudip dulu sbb panas.  kemudian guna tangan gaul serata dan jadi macam serbuk roti( peroi) lepas tu baru masukan bancuh air garam   dan air suam  .Masukkan sedikit2.uli dgn tangan , Uli doh hingga boleh dicanai dan tiada tepung yg melekat kat tangan,dan mudah ketika mengelim.Simpan doh dlm plastik supaya doh tak kering...
- elok juga biarkan seketika doh dlm plastik ..dlm 1/2jam baru canai...

Untuk buat inti - kentang dikupas dan dipotong dadu , rendam dan ketepikan.

-Blend udang kering,bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari , kiub pati ayam dan daun kari kacau rata.tumis hingga garing dan naik bau . Kemudian masukkan kentang,air,gula ,  garam , serbuk perasa secukup nya . sekali sekali kacau rata supaya tak hangus ...Rebus sehingga kentang empuk dan air kering.

-Apabila inti telah sejuk, boleh lah mulakan proses mencanai dan mengelim,dah siap ......Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

Time ni aida paling suka ..masa untuk mengelim... klu aida mulakan picit dari bawah ke atas picit lipat..picit lipat sampi ke hujung..




 tunggu giliran utk di bakar

Ni kipap yg dah siap di bakar



jeng- jeng dah siap....pun karipap ..Alhamdulillah..boleh lah di goreng hingga kekuningan dgn api yg perlahan....


**JOM OPERASI ..JOM MAKAN DAN JOM LAYANNNNN ...:) <3 SALAM SAYANG DARI AIDA DI SRKM....**




p/s : klu nak difrozenkan bakar kejap dlm 10 minit ( utk mengelakkan karipap itu melekat antara satu sama lain) .....sejukkan dan packing dlm bag plastik ....bertapakan dlm i/box...klu nak makan keluarkan sekejap  dan goreng seperti biasa....