Jumaat, 17 Jun 2011

AYAM MASAK BISTICK~~ CITARASA AIDA~~

Salam sayang wat semua , Menu hidangan tengahari Aida sefamily..lauk kegemaran family Aida Ayam masak Bistick...ni ala-ala macam masak sumur  , dan adik beradik ayam masak kicap..cuma ada pertambahan rempah ratus yang menyedapkan lagi rasa lauk ini....Sebelum kita makan Jom semak resepi nya....Dan Sejambak kemesraan dari Aida di SRKM...:))


Bahan- bahannya:)
1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong-potong ( biasa 12 @ 14 potongan)
garam dan serbuk kunyit
2 biji bawang besar - satu biji di kisar dan satu lagi dihiris bulat
2 lada merah - dipotong 2
4 ulas bawang putih -kisar
1 cm halia dikisar
2 sudu besar cili kering yg telah di kisar
sebatang serai di titik saja
1/2 sudu besar jintan halus yg telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
1/2 sudu besar ketumbar yg juga digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
kulit kayu manis+ pelaga + bunga lawang+ bunga cengkih ( rempah 4 beradik)
2 sudu besar sos cili
3 biji kentang yg telah di potong 4 dan digoerng-ketepikan
kicap lemak manis secukupnya
minyak utk mengoreng
serbuk perasa (jka suka)
air asam jawa secukupnya
caranya :))
- Ayam di lumurkan dengan serbuk kunyit + garam dan di goreng - ketepikan
.- Tumiskan rempah 4 beradik+ ketumbar + jintan + cili kering + serai dan bahan yg di kisar hingga naik bau.
-kemudian masukan cili merah +bawang besar yg dihiris goreng lg hingga layu dan naik bau- masukan air asam jawa +sos cili + kicap dan serbuk perasa ( jika suka)- Akhir sekali masukan ayam + kentang yg telah digoreng tadi kacau rata.-rasa semua bahan secukup rasa ... dah siap AYAM MASAK BISTICK dan bolehlah di hidangkan dengan nasi putih .
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan