Isnin, 20 Jun 2011

~Agar2 Berlumut @ Agar2 Santan ~~

Agar2 Berlumut aka Agar2 santan perahhhhhh sedap di makan dikala sejuk dlm cuaca panas...wallah sedappp dan segerrrr.....tak mahu cakap banyak..jom semak resepi..jom wat dan jom layannnnnnn
dan sejambak kemesran dari Aida di SKM....



BAHAN A
1 paket agar2 bertali 25gm
gula 3/4 cwn
air 700ml
sedikit esen pandan dan pewarna hijau

BAHAN B
1 kotak santan ms 200ml
1 telur
secubit garam
(satukan dn kacau sama rata / blendkan)

masak bahan A hingga gula larut
bila dah mendidih terus masukkan bahan B
x perlu dikacau / distir (bila dah bulp2 tu terus tutup api)
tuang dalam loyang dan hidang bila sejuk


** Agar2 yang ni aida guna gula melaka .....**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan