Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Sabtu, 18 Jun 2011
~~AGAR- AGAR ROTI~~
Agar-Agar Roti..baru siap..masih panas belom boleh potong.....jap lagi le duduk diam2 dulu dlm peti .....kasi sejuk cikit ....Wallah Belang macam belang Rimau ini tidak dirancang...ngaum2 hehehehe....Jom tengok resepi dan layannnn :))
~~AGAR- AGAR ROTI~~
1 paket agar2 tali - aida guna yg 20g
1500ML Air
1 tin susu cair
4 keping roti gardenia/ roti keping
2 biji telur
1 cb esen vanila
Secubit garam
3 sudu makan butter
gula pasir secukupnya- aida wat dlm 1 cawan ni tak berapa manis nk lebih manis pandai2 le tambah
daun pandan sehelai
perwarna - ikut suka aida gunakan milo dan warna kuning
caranya:seperti biasa :)
1. Rebus agar2 sehingga hancur dan masukkan gula. Apabila gula hancur, kecilkan api.
3 Blender butter, telur, roti, esen, susu sehingga halus. Tuang ke dalam adunan agar2.
4. kacau rata dan masukkan garam.
5. Biarkan sekali didih dan tutup api.
6. Bahagikan adunan kepada beberapa warna, tuang ke dalam bekas. Corakkan ikut kesukaan.
7. Sejukkan dalam peti ais sebelum dipotong.
selamat mencuba...senang saja....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan