Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2015

Rendang Ayam Pedas - Periuk Noxxa



Rendang Pedas Ayam,..dengan Periuk Noxxa cepat dimasak dan sedap utk dinikmati..

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi yang dimasak menggunakan Periuk Tekanan Elektrik Berbilang Fungsi Noxxa atau mudah disebut Pressure Cooker Noxxa. Sejak ada periuk ajaib ini, teruja pula nak bereksperimen memasaknya dengannya. Memang mudah dan menjimatkan masa. Apa yang penting kita mesti tahu fungsi butang pada panel kawalan periuk tersebut dan cara settingnya.

Kalau dulu kita memasak rendang di dalam kuali dan mengambil masa agak lama untuk ayam empuk, tetapi sekarang dengan menggunakan periuk ajaib ini hanya mengambil masa 8 minit untuk ayam empuk. Tidak sampai 1/2 jam telah boleh dihidangkan. Resepi Rendang Pedas Ayam yang ingin saya masak ni guna resepi daripada kak June Ahmad..terima kasih kak june....




Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dibersihkan adan dipotong - potong
1 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 keping asam gelugor /air asam jawa
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa


Bahan-bahan dikisar:
Bahan Blend
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inc. halia
1 inc. lengkuas
3 batang serai
3 biji buah keras
5 sudu cili kering kisar
1/2 sudu lada hitam
1/2 sudu besar jintan putih, manis dan ketumbar disangai
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Bahan Tumis
sedikit setiap satu 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
4 ulas bawang merah - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
Minyak



* On periuk Noxxa dan tekan butang stir fry. Masukkan minyak. Tumis 4 sekawan dan bawang hiris hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan cili giling, tumis hingga garing sedikit. Masukkan bahan blend, tumis lagi hingga naik minyak. Off periuk dengan menekan butang On Off.



1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.



* Masukkan ayam, asam keping dan santan. Gaul rata ayam dan rempah tumis. On periuk semula dan tekan butang high pressure, setkan masa yang dikehendaki (saya set 7minit). Pasang penutup, rapatkan dan pusingkan nob ke arah pressure.







* Bila high pressure dah settle, pusingkan nob ke arah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.


* Masukkan gula, kerisik, daun limau dan daun kunyit. Sebab saya nak rendang yang agak kering. Saya masak hingga kering guna stir fry method.


* Tekan butang stir fry dan tumis seketika untuk memasak rendang hingga kering. Akhir sekali masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa yang diingini. Tekan butang On Off untuk stopkan proses.




Alhamdulillah...siap untuk dihidangkan, senang jer sebenarnya kalau dah biasa guna.
Alhamdulillah. ..Hari ini wat  rendang ayam pedas menggunakan periuk Noxxa. ..utk hidangan kami sefamily. .nyummm2. .and delicious. ..Alhamdulillah. ..









Isnin, 17 November 2014

CREAMY BUTTER CHICKEN.. Alhamdulillah


Alhamdulillah. .. cuba wat creamy butter chicken saja lebihkan sos nya... 
Tq kpd kekawan yg bg resepi dan idea...nyummm2 dan sedapppp kata my hubby... bersama soup sayur campur pelengkap hidangan....


CREAMY BUTTER CHICKEN
Ada stgh resepi letak cheese ikut citarasa masing2 yer...
 
Bahan-bahannya
Bahan perapan
250g ayam (potong kecil2) 
1 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil gula 
1 sudu kecil serbuk kari ayam 
1 sudu besar tepung jagung 
1 biji telur

Bahan menumis 
2 sudu besar mentega
 
2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan
 
1-2 tangkai daun kari segar
 
1/2 cawan susu cair
 
1 sudu besar gula (nak letak pati ayam pun boleh)
 
secubit garam & lada sulah secukup rasa



Cara-caranya 
1. Perap ayam minima 1 jam. Kemudian goreng ayam hingga masak & ketepikan.
 
2. Panaskan kuali, cairkan mentega. Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau.
3. Tuangkan susu cair dan diikuti bahan-bahan lain.Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
4. Masukkan ayam & gaul hingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah di atas ayam. Dah siap..


 
 Selamat mencuba dan selamat menikmatinya seisi family.... 


Jumaat, 4 April 2014

Kari Hijau Thai.(Ayam)


Assalamulaikum 

~~Kari Ayam Hijau Thai...Alhamdulillah hari ini Aida baru dpt mencuba operasi dan merasai setelah berminggu2 cari dan cukupkan bahan2nya.... Kari Ayam Hijau Thai homemade resepi dari chef bos Harry 10q.....barangkali bergini le rasanya ikut rasa dan selera sendiri berpandukan resepi dari chef bosKhairi Mansor itu ,,,Sungguh nyummmm2 w/p 1st kami sefamily menikmatinya....dan anak2 pun suka...mulanya ingatkan masa masak td takut mereka tidak makan sbb bau aroma daun2 tu ( selasih ketumbar dan bahan2 lain) serta tgk warnanya yg hijau tuu....tp syukurann setelah dihidangkan mereka makan bertambah2 hingga menjilat jari ehemmmm sedapppnyaa ...next time dah boleh operasi lagi ....layan dgn nasik putih hangattttt....ter (y)




Kari Hijau Thai.(Ayam) :chef Khairi Mansor

*4-5 bawang putih

*1-5 cili hijau
*1 ulas bawang merah
*1 inci lengkuas
*2 btg serai
*1/2 cwn daun& akar ketumbar
*1/2 cwn daun kemangi/selasih
*1/2 tsp. ketumbar biji
*1/2 tsp. jintan kasar
*1/2 tsp. lada putih
3 Tbsp. sos ikan
1 tsp. belacan udang 
1 Tbsp. juice limau nipis
1 tsp. gula melaka
1 cwn santan
3 helai daun limau purut
500 gm isi ayam

- kisar kesemua bahan bertanda sehingga halus.
- tumis sehingga naik bau dan masukkan 400-500 grm isi ayam.
- biarkan merenih dan jika perlu tambah air sehingga ayam empuk.
- akhir skali masukkan santan & juice limau.
- tambah sos ikan kiranya kurang masin.
- boleh juga ditambah dgn sayuran seperti terung, kacang panjang @ timun tua












Ahad, 30 Disember 2012

Pemanggang Serba guna Original..1st guna...Ayam ala2 chicken chopp ....

Perasmian Pemanggang Serba guna Original utk hidangan t/ ari ni 30/12/2012....eeeakk Alhamdulillah....Dengan memanggang Ayam ala2 chicken chopp bersama sos brown lada hitam lauk menu utama..Alhamdulillah...menjadi nampaknya..cepat dan senang....15 minit je dah siappp...memang bestlahhhh...garing di luar lembut di dalam ...Jom layannnnnn...Masih kemarok + jakun lagi ni..mlm ni nak cuba bakar kebab daging pulak....heheh — 


PEMANGGANG SERBA GUNA ORIGINAL ........Alhamdulillah dpt juga ku miliki....32cm dgn harga rm100 ...dikedai syarikat Berjaya .



JOm kita tgk2 resepinya dan cuba2 operasi ...pasti anak2 suka dan mamanya pasti akan gembira w/p air tangannya tak sehebat chef2 di Restoran terkenal ...
Resepi Ayam ala2 chicken chopp bersama sos brown lada hitam ni lebih kurang macam yg pernah aida operasi tu..bahan2 pun mudah dan sentiasa  ada di dapur kita .. kali ni perapan ayamnya lebih simple dan memanggangnya aida gunakan pemanggang Serba guna Original yg baru di beli semalam ...Rasanya lebih lembut di dlm dan garing di luar...masaknya  pun cuma 15 minit , klu nak garing kita lebihkan sikit memasaknya  jeee...
 ....



 ~Ayam ala2 chicken chopp bersama sos brown lada hitam~~
 Bahan untuk dikisar dan perap ayam:
 Daging ayam dibersihkan dan toskan 
1/2 biji bawang besar 
1/2 sudu besar ketumbar - disangan
1/2 sudu besar jintan - disangan 
1 cm halia 
3 batang serai 
serbuk kari 
garam dan sedikit gula 
Cara Penyediaan : Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selama beberapa jam.  Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.


** Aida panggang mengunakan Pemanggang Ajaib serba guna Original....



Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum - bancuh dgn sedikit air 
2 cawan air 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu sos chili - secukup rasa 
 sos lada hitam  secukup rasa - klu tak ada bubuh je 1sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit gula - jika suka .
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Aida tak ada stok jd tak letak, klu ada masukan pasti lebih sedapppp.....



Akhirnya sambutlah salam sayang dari Aida di SRKM dan  ceria2 selalu sambil menyediakan hidang utk family tersayangg..anak2 suka ..mamanya layan sama ...sampai jumpa lagi muahhh....:) 
Selamat mencuba!!!


Selasa, 13 November 2012

Grilled Chicken Chop....Coleslaw dan Sos Black Pepper....perahhhh meblessss seyyyy....



 Homemeda Grilled Chicken Chop...dengan sos black paper . coleslaw alah2 kfc dan kentang putar...memang meblessss.....:) " anak2 suka ..mamanya lebih gembira":D


Alhamdulillah telah selamat dinikmati hidangan t/ari ni dgn homemeda Grilled Chicken Chop... wallah sedappp bangettt hingga menjilat jari..... utk kamis sefamily.... layannnnn abissss  .....:)


Resepi Grilled Chicken Chop
Dada ayam dan peha ayam dibersihkan dan di bunag tulangnya
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock) - aida guna kiub pati ayam  jee..
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.



Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram - secukupnya 
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili - secukupnya 
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
sedikit gula - jika suka 
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!


Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)
6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.putar dan gaul bagi rata..
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata masuk kan dlm pipping bag dan picit memutar......jadi ke kentang putarrr...hahaha :)
bolehlah di hidangkan....
atau pun scoup dgn scoup ais cream...dan tuang sikit  sos black paper ...







COLESLAW

Tak ingat dah dapat resepi ni dari mana (maaf ye tuan punya resepi). Hasil coleslawnye mmg sebiiik macam kfc punye. Thumbs up to him sbb berjaya alter itu ini sampai menjadi coleslawnya mcm kfc.



Bahan-Bahan;-
Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil. kuantiti ikut suka)
sudu Mayonis - secukupnya 
sudu Fresh milk - secukupnya 
Sedikit gula garam - secukupnya
1 sudu kecil cuka - Aida gantikan dgn  jus limau kasturi  
Bekas ( plastic contauner / tupperware yg bertutup.

Cara Membuatnya

  • Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  • Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  • Masukkan mayonnis, susu Kuantiti mayonis dan fresh milk depends on berapa banyak veggie yg kita letak. Kalau terlebih akan jadi cair, kalau kurang tak cukup pulak jadinya. So, kesimpulannya agak-agak hehe.. add gula dan garam  ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. 
  • Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  • Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  • Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 3 jam @ lebih . Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
  • Setelah itu sedia di hidangkan ...

 Nota Tambahan
Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
Resepi saya kat atas tu sbagai panduan saja , boleh adjust rasa ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!



Selasa, 23 Oktober 2012

Ayam Goreng Ketumbar Jintan. Stylo chef Joha...


Alhamdulilah dah selamat menikmati hidangan t/ari dengan Ayam Goreng Ketumbar Jintan. stylo chef Joha Hassan..ehemmm memang sedap dan menyelerakan , memang kegemaran anak2 Ayam goreng...10q chef sumber inperasi dan perkongsian resepinya....:)
Aid mohon mengadaptasikan resepi ini di sini ya chef...

Fried chicken with spicy coriander. Ayam Goreng Ketumbar Jintan. ( chef Joha)

Bahan2nya
1kg Ayam Segar (di potong - Bite size)
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk).
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar gula halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara2nya
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian, bawang putih, halia di tumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen). Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus serbuk dan rempah yang di tumbuk. Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lebih, lagi lama lagi baik. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli. Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2....sesuai untuk picnic atau juadah ringan.....





Isnin, 6 Ogos 2012

Ayam Masak sunquick ..memang wallah...sedappp


Juadah berbuka saya semalam....Nasi Minyak sunquick , acar timun berlaukkan Ayam Masak sunquick resepi dari Anie Japri ehemmmmm memang sedap 10q anie ..., murtabak daging 'Rose" , Air frase oren hubby operasi , tidak ketinggalan juga laksa penang pemberian dari jiran...Alhamdulillah....

                            

lebih kurang macam ayam masak merah bermadu cuma kita add sunquick je.... ...Jom skodeng resepinya ....kita cuba operasi dan layannn..pasti sedappppp anak2 suka

AYAM MASAK SUNQUICK
(sukatan agak2 ye)

seekor ayam bersihkan dan potong2 -digaram kunyitkan dan goreng...membal2 je ..klu garang sangat nanti ayam jadi keras.
1 biji bawang merah-hiris nipis 
sehelai daun pandan-disimpul
2 batang serai-dititik
1/2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 inic halia- diblender
4 sudu besar  lada kisar 
sos cili secukupnya 
2 sudu makan jus oren sunquick 
madu / gula secukupnya 
garam secukupnya 
kuib ayam 
air sedikit jika nak berkuah .

CARA:
-Tumiskan bawang merah,serai dan daun pandan.bila naik bau masukkan bahan blender dan cili.Tumiskan sampai betul2 naik minyak.dah tu boleh masukkan sos cili dan air perasakan dgn garam,gula @madu dan kiub ayam
Rasa dah cukup semuanya masukkan ayam.akhir sekali masukkan jus oren.sedap sangat makan dgn nasi tomato . Aida makan dengan  nasi minyak sunquick dan acar timun...walllah licin...... 




 pelengkap hidangan ......pemanis mulut..