Isnin, 20 Jun 2011

Ondeh2 Labu Buah Melaka

Alhamdulillah dapat juga aida sediakan sarapan ondeh2 labu Buah melaka wat sarapan seisi family w/p agak lewat sikt hari ini....ondeh2 ini sama macam kita wat ondeh2 buah Melaka pandan cuma Aida addkan labu yg telah di rebus dan di lecek ke dalam adunan ...Buah Labu ni lebihan wat kek labu semalam......

Bahan nak watnya mudah saja dan senang..

2 cawan tepung pulut - klu nak banyak boleh tambah( nanti banyak le dapatnya...)
1 cawan labu yg telah direbus dan di lecek halus
seketul gula melaka untuk intinya- dihiris-hiris- klu tak ada gula melaka guna gula merah pun boleh ...jgn kata takda gula melaka alasan tak boleh wat...
kelapa parut secukupnya + sedikit garam halus
Air secukupnya utk merebus.
perwarna kuning- jika suka.

cara:
- Didihkan air
- Gaulkan tepung pulut dengan air dan labu sehingga adunan boleh dibentuk dan adunan tidak melekat kat tangan.klu warnanya tak kuning boleh tambah kan sikit perwarna makanan warna kuning baru menawan....
-Ambil sedikit adunan ,dan leperkan atas tapak tangan, masukan gula melaka ditengahnya dan tutup semula. Buatkan bentuk bulat.
- Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul .Tanda dah masak. Angakt dan toskan .
- Golekkan di atas kelapa parut yg dicampurkan dgn sedikit garam .
- Dah sip...Kuih Buah Melaka.. boleh dihidangkan....

p/s :Selamat mencuba.. sedap.... senang dan mudah... di ngapppp.....Tp awas ...sesama di ngappppp air gula melaka akan meleleh..... LAZATTTTT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan