Jumaat, 24 Jun 2011

~~Sotong Goreng Kunyit~~

Sotong Goreng Kunyi masakan yg paling mudah dan cepat di makan....time nak cepat dan kebetulan ad asang sotong apa lagi .. sotong inilah yg menjadi pilihan..anak2 pun suka ....Mama dia org lagi le suka ..kerana mudah di masak ,cepat di hidangkan dan Alhamdulilllah kenyanggggg ..jom tengok resepinya....


Bahan2 nya..
400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara dan Penyediaannya....

1.Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga
kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih,
halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan
layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun
ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan