Rabu, 20 Julai 2011

Semur Daging Kicap..

"Sentuhan Rasa KasihMama" ...Alhamdulillah dapat aida sediakan menu wat sefamily utk t/ari ini 20/7/2011....Tqvm Wardah Berduri berduri atas cetusan rasa dan ilham menu t/ari Aida ini dah terhidang .....Daging semur kicap Berempah soto tp ada pendehakaan sikit dagingnya aida tak letak jintan dan ketumbar yg disangai, aida gantikan dgn Rempah soto power kiriman dari kk sherry, bahan2 yg lain aida followww...selain itu Sayur sawi jepun Goreng tiram dan pelengkap selera sambal belacan lawan peria katak...perahhhhh Jom layannnnnn.....sedapppppp.​....:)).Resepi ini aida terus copy dan paste dari Puan Wardah Berduri TQVM babe...



Bahan-bahan
Bahan perapan untuk 1kg daging (daging dipotong ikut suka)-aida potong nipis2

ketumbar biji 2sudu makan )-
jintan halus 1sudu makan )-Inilah aida gantikan dgn 2 sudu besar rempah soto power...
bawang putih 5biji
halia sebesar ibu jari
kunyit serbuk 1sudu besar
garam 2tspn

Semua bahan diatas ditumbuk halus. Setelah itu perap daging bersama bahan yg ditumbuk selama 30mins..lalu daging digoreng hingga hampir masak. (pastikan waktu menggoreng, daging digoreng sikit demi sikit..don't lump everything in the frying pan!!)-- disebabkan kesuntukan waktu..aida abaikan goreng daging ni...

Bahan untuk disangai (Bahan A)
ketumbar biji 3sudu makan
jintan halus 1 1/2 sudu makan

Jintan dan ketumbar di sangai tanpa minyak atas api kepanasan sederhana hingga wangi. Blender sehingga betul-betul halus dan ketepikan.

Bahan B
Serai 3 batang
halia 7 hiris
lengkuas 5 hiris
bawang putih 5 biji
cili kering 5 batang (cuci dan buang biji)

Semua Bahan B diblender halus. Set aside.

Bahan untuk menumis
20biji bawang kecil- dihiris- aida kurangkan sikit.
Kentang 3 biji dipotong serong - goreng & set aside
1 tomato cut wedges
2 bawang besar- dipotong bulat
1sudu teh penuh asam jawa
kicap 2cawan - Ini Aida agak2 saja tgk secukupnya tak sukat...
1/2 cawan air
Gula 2sudu makan
Garam secukup rasa
2 helai daun limau purut koyak2kan dan 2 biji lada merah belah 2- ini Aida tambah...

Cara memasak
Dgn bekas minyak menggoreng daging, tumis bawang kecil hingga wangi dan kuning. Kemudian masukkan Bahan B. Tambah minyak jika kurang. Tumis lagi lalu masukkan Bahan A. Gaul rata dan tumis dgn api sederhana hingga wangi..

Tuang kicap, air, asam jawa dan daging. Tunggu sehingga mendidih lalu masukkan Bahan C. Masak dgn api sederhana sehingga daging empuk (abt 40mins). Boleh ditambah air kalau nak bnyk kuah. Pastu masukkan gula, salt ,bawang besar ,daun limau purut dan lada merah. Gaul rata dan tunggu kejap..after bout 5mins or so, matikan api lalu campakkan tomato dan kentang goreng. Dah..!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan