Jumaat, 15 Julai 2011

~~Pancake Durian~~

Salam pagi Jumaat yg mulia wat semua...semoga hari ni merupakan hari yg ceria ,sihat walafiat wat kita semua...bagi yg kurang sihat jgn lupa makan ubat dan take care......B/fast Aida sefamilys today 15/7/2011 Pancake Durian bersama Madu ehhhmm very delicious and sweet !!...apasal cakap omputih pulak ni...heheheh..Pancake alah2 lempeng omputih ni makan dgn madu manissss ....sedap juga colet2 dgn buah doyan......Wallah last kopik resepi berunsurkan doyan.....nak abiskan durian yg bebaki sikit lagi ni...jom operasi dan jom layannnnnnn....:))



BAHAN-BAHANNYA :-)- nak banyak gandakan sukatanya...

1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 camca besar gula halus
30 g mentega, dicairkan
2 sudu besar isi durian
1/2 cawan susu cair /segar
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam halus
Mentega, strawberry dan madu untuk dimakan bersama pancake- ikutlah mana2 yg berkenan.....:))

Guna non-stick frying pan lagi senang ...

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan isi durian , kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.( Aida blander saja lagi cepat dan sebati)

2.Masukkan susu dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil blender /dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.

3.Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana/kecil. Lenser dengan sedikit minyak ( sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sendukan dlm 1/2 senduk adunan tadi dlm non-stick fring pan .

4.Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.

5.Hidangkan bersama curahan madu ,isi durian @ strawberry pun sodapppp ...hmm sedappp u!..Nak makan dengan ais krim pun ok juga..ikut suka hati masing2 yea..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan