Khamis, 7 Julai 2011

Ayam 3 nama 1 rasa ...wallah....perahhhhhh sedappppp...



Lauk utk t/ari ini 7/7/2011 wat kami sefamily... Lauk pebretttt ...Ayam masak Bistick aka Ayam sumur aka Ayam Masak Kicap 3 nama 1 rasa heheheh ♥ :).....Yang istimewanya lauk kali ini , bahan2 seperti biasa juga... cuma Aida addkan dgn 2 sudu makan rempah SOTO POWER dari kiriman kk Sherry Dzul..wallah memang power rasanya sungguh yummyy.......setuju kata kk sherry rempah soto ni pelbagai guna...dan yg terbaikkkkkk..rasanya pun perahhhhh..klu tak percaya cuba operasi .....makan hingga menjilat jari.....:))Salam sayang dari Aida di SRKM...


Bahan- bahannya:)

1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong-potong ( biasa 12 @ 14 potongan)
2 biji bawang besar - satu biji di kisar dan satu lagi dihiris bulat
1 @ 2 lada merah - dipotong 2
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia dikisar
2 sudu besar cili kering yg telah di kisar
sebatang serai di titik saja
2 sudu besar rempah soto
kulit kayu manis+ pelaga + bunga lawang+ bunga cengkih ( rempah 4 beradik)
2 sudu besar sos cili
2 biji kentang yg telah di potong 4 dan digoerng-ketepikan
kicap lemak manis secukupnya
minyak utk mengoreng
serbuk perasa (jka suka)
serbuk kunyit
air asam jawa secukupnya

caranya:-

-Ayam di lumurkan dengan serbuk kunyit + garam dan di goreng - ketepikan.
-Tumiskan rempah 4 beradik,bahan2 kisar , rempah soto, cili kering dan serai hingga naik bau.
-kemudian masukan cili merah +bawang besar yg dihiris goreng lg hingga layu dan naik bau
-masukan air asam jawa +sos cili + kicap dan serbuk perasa ( jika suka)
-Akhir sekali masukan ayam + kentang yg telah digoreng tadi kacau rata.
-klu semuanya dah ok secukup rasa ,bolehlah di hidangkan dengan nasi putih .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan