Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Rabu, 13 Julai 2011
~~APAM PISANG KUKUS~~
Operasi wat apam pisang kukus ilham rasa dari resepi sasha Rahmat tqvm .....berjaya walaupun tak seberapa....namum gebus , gebas..montok2 apamnya...heheh :)
TQVM CHA memang sedap bangetttttt......alhamdulilah menjadi....:) <3 aida guna pisag montel aje JOm operasi..jom layannnnnn dan salam sayang dari Aida di SRKM.......
~~APAM PISANG KUKUS~~
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) - maaf ya cha aida gunakan pisang montel 1 1/2 biji..
3/4 cawan minyak masak / mentega, dicairkan dan disejukkan
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula,(bole dikurangkan)
secubit garam
Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan
baby Fatin pun cakap ..BAGUSSSSSS sedap.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan