Hari ini operasi Apam Harum manis wat sarapan pagi ..memang manisss dan sungguh yummyyy......tengok ada pisang dah masak ranum tergolek2 kat rak tu apa kata kita berexperiment "Apam" ..tak kan nak wat cenkodok lagi...ni aida nak kukus lah...jika da bebaki boleh juga wat minum ptg nanti...Jom layannnnnn..:))
Bahan-bahan :)
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8 biji pisang raja dihiris bulat tipis( tak semestinya guna pisang raja ....pisang lain pun boleh janji guna pisang yang dah masak seperti pisang emas/ kapas@ nipah / berangan pun boleh)
Cara-cara
1.Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
2.Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
3.Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.
4.*** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi **
Tiada ulasan:
Catat Ulasan