Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Isnin, 4 Julai 2011
~~Pudding Cendol~~
PUDDING CENDUL memang yummmy klu di makan sejuk..lebih lagi dlm cuaca panas2 gini perahhhhhh nyaman sekali...lama sudah Aida berhajat nak operasi baru hari ini 4/7/2011 terlaksana wat minum petang kami sefamily ..JOm operasi..Jom layannnn.. salam sayang dari Aida DI SRKM......
Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair/ 200ml santan
2 cawan cendul
1 cawan gula merah
Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. 1/3 Bahagian itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair/ santan dan cendul.
- bahagian yg nak letak cendol lebih banyak dari bahagian gula merah.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.sejuk ..perahhhhhh memang nyammmmm....:))
watnya sungguh cepat dan mudah....sapa lambat memang tak dapat...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan