Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Rabu, 6 Julai 2011
~~ Puff Roti Canai Segera ( Paratha) ~~
Aida experiment lagi wat Puff. ...tp kali ni wat MIni Paratha Puff inti Kentang alhmdulillah sungguh sedap dan yummiiii..tak sempat nak wat sarapan pagi tadi wallah operasi wat minum ptg ada sekeluarga petang tadi.....Jom layan ..Paratha Puff inti kentang aida ni......intinya Aida wat macam inti karipap kentang ...:))
Resepi Puff Roti Canai Segera ( Paratha)
Bahan-bahanya
•1 paket roti canai segera ( aida guna jenama kawan)
•1 biji kuning telur untuk sapuan
Untuk Inti:)) - Inti terpulang nak bubuh apa ,kali ini aida wat inti kentang macam inti karipap tu...sbb dah pernah wat inti tuna/ sardin...
( bahan2nya boleh dikurangkan @ ditambah ya...ini sebagai panduan )
•300 gm daging
•4 ulas bawang merah*
•2 ulas bawang putih*
•sehiris halia*
•2-3 sudu besar rempah kari daging – cairkan dgn sedikit air
•2 sudu makan cili kisar- klu nak pedas
•4 biji kentang – potong kiub
•1 biji bawang besar – cincang/potong kiub
•daun kari/ sup
•garam n gula secukup rasa.
Cara penyediaan
1. Tumbuk bahan yang bertanda *.
2. Goreng daun kari ( jika guna daun kari) dan masukkan bahan yang ditumbuk .Masakkan hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari . Masak api kecil hingga agak garing.
4. Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang dan daging.Masak hingga pekat atau hampir kering.
5. Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. masak hingga pekat.
6.klu dah ok , Masukkan daun sup (jika guna daun sup). Gaul rata dan angkat.Sejukkan.
Cara melipat puff
-. Ambil sekeping roti paratha segera dan bahagi 2 atau 4 bahagian ( ikut saiz yg dikehendaki),1 bahagian dikelar, tp jgn putus dan 1 bahagian letakkan satu sudu besar inti di tengah-tengah roti paratha dan tutup dgn bahagian yg di kelar , tekan tepi2ny dgn garfu . se-akan bentuk segi tiga, susun puff di atas dulang pembakar yg di sapu dgn mentega . kemudian gliss kan puff dengan sedikit telur di atasnya . Ulang langkah tadi hingga habis....
-. Akhir sekali bakar puff di dalam oven pada suhu 180 darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehinga puff perang. Sedap dimakan panas-panas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan