Ahad, 17 Julai 2011

~~Puff Mini Daging Keju~~

Hari ini Aida operasi lagi wat puff mini InsyAllah boleh wat berbuka posa utk kami sekeluarga petang ini .Ada lagi berbaki Puff pastry Jenama "Kawan" jadi pilihan ...kali ini experiment wat Puff Mini Daging + keju, aida taburkan Keju mozarella secukupnya sesudah dibakar dlm oven 20 minit kemudian bakar lagi dlm 6 minit ,TQVM pada CMG sumber inperasi....sungguh sedap dan ranggup dan rapuh sekali kulit puff di add intinya yg wallah..inti ikut citrasa sendiri....Alhamduillah menjadi...w/p rupanya tak secantik kekawan yg telah membuatnya tp pastinya Aida akan puas hati bila tgk anak2 seronok makan macam smlm wat ...sungguh yummiiiiii :))Jom operasi...Jom layannnnn dan salam sayang dari Aida di SRKM....



BAHAN INTI :-)


1/2 bungkus daging kisar- cuci dan toskan
1 serbuk kari daging
3 ulas bawang merah -kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji kentang -kupas kulit dan potong kiub
1 hirisan halia, cincang halus
setangkai daun kari/ daun sup hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
jus lemon / limau kasturi / 2 sudu air asam jawa
air secukupnya

Bahan2 lain
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya



Puff pastry Jenama "KAWAN " jadi pilihan.....


CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah ,bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan serbuk kari dan daun kari, tumis hingga garing. Masukkan kentang dan daging kisar dan air paras kentang , masak hingg kentang empuk, sekali sekala Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus lemon / air asam jawa, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.

2.UNTUK PUFF PASTRY :- Ambil 1 keping puff pastry tadi. Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan , kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan2 sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.

3.Untuk Daging Keju :- Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam gambar), sudukan inti sardine hingga penuh dan letakkan beberapa parutan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga keju mencair dan kelihatan keemasan. Alih kan Daging puff tadi atas jaringan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan