Khamis, 21 Julai 2011

~~ Kuey Teow Goreng Sempoi ~~


Sarapan pagi.... Kuey Teow Goreng Sempoi 21/7/2011 wat sarapan anak-anak yang akan ke sekolah dan My hubby yang akan berangkat ke tempat kerja..Kuey Teow yg simple guna aje apa bahan yg ada ...cempak2 aje , goreng dan alhamdulillah siap...resepi yg mudah ..yg pasti sungguh yummyy ...Jom masak dan Jom layannnnn ...:))salam kemesraan dari Aida di SRKM....

~~Kuey Teow Goreng Sempoi Aida ~~


Bahan-bahan ( 6 orang makan )
2 bungkus kuey teow
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 ekor udang segar - buang kulit
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 fishcake
kicap manis secukupnya ikut suka hitam mana nak...
2 susu besar sos tiram
2 sydu sos cili - jika suka
1 genggam taugeh -ikut suka
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air - jika perlu
sepokok sawi - ketuk sikit batang sawi / daun kucai pun ok
timun,lada merah dan limau kasturi sebagai hiasan ...

Cara-cara
1. cuci dan toskan kuey teow
2. blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih , masukkan udang dan fishcake , kacau rata.
3. panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing
4. masukkan sos tiram , sos cili dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi jika pekat sangat supaya tak hangus....kecil kan api ...
5. masukkan garam+perasa dan kacau rata
6. masukkan kuey teow dan gaul hingga rata
7. akhir sekali masukkan taugeh dan sayur sawi / kucai kacau hingga sebati dan masak dlm 2 minit lagi dlm kuali sekali sekali kacau rata supaya tak berkerak.
8. rasa klu dah ok semunya ..boleh lah dihidangkan dgn limau kasturi belah 2 , lada merah dan timun hiris nipis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan