Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Ahad, 17 Julai 2011
~~Puff Segi tiga daging kentang~~
BAHAN INTI :-)
1/2 bungkus (200g) daging kisar- cuci dan toskan
1 serbuk kari daging
2 biji kentang di kupas kulit dan potong kiub
3 ulas bawang merah -kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
setangkai daun kari hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
jus lemon /2 sudu air asam jawa
air secukupnya
Bahan2 lain
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci - 10 keping
1 kuning telur, dikacau sedikit
Cara penyediaan inti :)
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah ,bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan serbuk kari dan daun kari, tumis hingga garing dan kekuningan.
- Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang dan daging.Masak hingga pekat atau hampir kering.
- Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat. Gaul rata dan angkat.Sejukkan.
CARA MEMBUATNYA :-)
-Ambil sekeping pastry puff kepada 2 bahagian. jadikan bentuk segi tiga .1 bahagian dikelar2 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 3/4 camca teh inti . Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
-Sapu dgn kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan