Jumaat, 15 Julai 2011

Ayam Masak Sos Tiram.

Menu makan tengah ari Aida untuk ari ini 15/7/2011...~~Ayam Masak Sos Tiram~~kekadang kita ketandusan idea untuk masak apa...kat dlm frezer ada dada ayam.....klu di goreg gitu aje pasti anak2 kurang suka sbb kita sedia maklum bahagian dada ayam agak berdaging..dan klu di goreng ianya agak keras ....datang satu idea..aida potong kecil2 sedikit dada ayam dan goreng 1/2 masak dan curahkan sos tiram..baru berselera anak2 makan panas2....baru ada umppppppppph....jom layan jap...



Bahan-bahannya:

Setengah ekor ayam – ( aida guna bahagian dada potong kecil2 sikit) -gaul dengan kunyit goreng separuh masak
1 sudu besar kicap

3 sudu besar sos tiram

air sedikit

serbuk lada hitam / lada sulah

2 helai daun limau purut

Bahan hiris:

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 biji lada merah
sebatang serai


Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumis barang hirisan sampai naik baunya.

Masukkan ayam dan biarkan ayam hingga masak secukupnya.

Masukkan sos tiram,kicap,serbuk lada hitam / lada sulah dan sedikit air dan daun limau purut.

Masak hingga pekat,kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan