Rabu, 6 Julai 2011

~~Mini Puff Paratha Tuna~~

Betul lah kata perpatah " Klu tiada rotan , akar pun bergun juga..bergitu lah juga dgn Aida nak cari kulit Puff Pastry kat mydin dah kehabisan stok barangkali....Jumpa hanya Paratha Bawang Kawan ni...Teringin nak makan & wat Mini Puff Tuna...tqvm pada kk Sherry , cha dan rakan2 yg menyumbangkn ilham rasa dan idea resepi yg sungguh sedap ini wat sarapan aida sekeluarga pagi . ..wallah sedap nya Mini Puff Paratha Tuna ..Jom Layannnnnnn........:))


~~Mini Puff Parataha Tuna ~~

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack Paratha jenama "kawan"
1 tin tuna mayonis*
1/2 biji lemoni, perah jusnya*
1/2 camca teh serbuk lada putih*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul sedikit
Bawang besar potong dadu.

CARA MEMBUATNYA :-)
Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 3/4 camca teh isian tuna. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan