Isnin, 4 Julai 2011

~~Apam Nasi ~~

Salam hari sabtu wat semua..Hari ini aida cuba experiment wat "APAM NASI " wat b/fast kami sefamily 14/5/2011...sumbang resepi dari kak Idah Zaidin tqvm muahhhh ...sempat juga bagi kat jiran sebelah rumah aida ..jom layannnnn sedappppp :))


~~Apam Nasi ~~ sumber resepi : kak Idah Zaidin ,Aida cuma copy paste aje tqvm....:))

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air

Cara-cara

1.masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
2.gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
3.blender nasi dengan air sampai betul2 hancur
4.campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
5.biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6.selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
7.PERINGATAN: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
~~ Aida taburkan kelapa parut putih kukus sebentar + garam sikit baru syokkkkk ..heheh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan