salam wat semua Jom slurppp2 Laksa Johor kuahnya pekat dan lemak wallah bestnya...Ari ni teringin pulak nak makan Laksa Johor lepas baik dari sakit ni... wat hidangan t/hari hari2 menu nasi ari ini tukar lah wat laksa .....teringat laksa Johor Mak mertuaku...wallah.....terhasil juga akhirnya......sungguh yummiiii dan sedap kata anak2, di add lagi dgn sambal belacan + perahan limau perahhh......
LAKSA JOHOR~~ CITRASA AIDA ,ILHAM RASA MAK MERTUAKU...
.Bahan-Bahannya : )
1 paket spagetti ( Org selalu guna )- direbus bersama minyak masak/olive oil hingga lembut.- dan toskan.
-tp hari ni aida gunakan laksa panjang ( basah) cuma direbus kejap aje..tak macam laksa kering tu lambat nak lembut....
Bahan2 untuk kuah:)
1/2 kg ikan kembung /sardin /tenggiri/ parang pun boleh - Rebus + garam dan asam keping, asingkan isi & tulang, kisar berasingan. Guna air rebusan semasa mengisar.Tulang ikan juga kecuali kepala di kisar dan di tapis.
2 sudu udang kering - Rendam dan kisar bersama isi ikan
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 sudu serbuk kari ikan
2 sudu cili kisar
1 sudu ketumbar - kisar
2 keping asam keping
Santan (dari sebiji kelapa)
Kerisik (tiga/empat sudu makan)
2 batang serai - diketuk
2 inci lengkuas- dikisar
garam & Gula secukupnya
Bahan ulam2an:)
1 batang timun - mayang halus
sebiji bawang besar di hiris nips.
Taugeh - basuh
Kacang panjang - dihiris halus
Daun selasih - basuh dan mayang- aida tak gunakan sbb tak ada....aida gantikan dgn daun salat
Daun kesum- basuh dan hiris
Limau kasturi - belah dua
Telur rebus-( optional)
Bunga kantan- racik halus/ masukan dlm kuah( optional)
Bahan sambal blacan- tumbuk:)
3 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
1 inc belacan
Garam & gula
Cara membuat kuah:)
1. Panaskan minyak. Tumis bawang, cili kisar, rempah kari & serai sehingga naik minyak. Masukkan kerisik & gaul rata
2. Masukkan isi ikan & lebihan air rebusan ikan.
3. Masukkan air asam jawa/ asam keping- aida suka guna asam keping
4. Bila mendidih, masukkan santan. Kalau terlalu pekat tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam & gula dan masamnya secukup rasa. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum tutup api.
Cara hidangan:)P
Masukkan spaghetti / laksa dalam mangkok, masukkan ulam2an, cedukkan sesenduk kuah, bubuh sambal belacan dan perahkan limau.
Selamat mencuba dan salam sayang dari Aida di SRKM....jom kita slurpppp....slurppppp best dan terbaikkkkkkk....:))
Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan