PEMANGGANG SERBA GUNA ORIGINAL ........Alhamdulillah dpt juga ku miliki....32cm dgn harga rm100 ...dikedai syarikat Berjaya .
JOm kita tgk2 resepinya dan cuba2 operasi ...pasti anak2 suka dan mamanya pasti akan gembira w/p air tangannya tak sehebat chef2 di Restoran terkenal ...
Resepi Ayam ala2 chicken chopp bersama sos brown lada hitam ni lebih kurang macam yg pernah aida operasi tu..bahan2 pun mudah dan sentiasa ada di dapur kita .. kali ni perapan ayamnya lebih simple dan memanggangnya aida gunakan pemanggang Serba guna Original yg baru di beli semalam ...Rasanya lebih lembut di dlm dan garing di luar...masaknya pun cuma 15 minit , klu nak garing kita lebihkan sikit memasaknya jeee...
....
~Ayam ala2 chicken chopp bersama sos brown lada hitam~~
Bahan untuk dikisar dan perap ayam:
Daging ayam dibersihkan dan toskan
1/2 biji bawang besar
1/2 sudu besar ketumbar - disangan
1/2 sudu besar jintan - disangan
1 cm halia
3 batang serai
serbuk kari
garam dan sedikit gula
Cara Penyediaan : Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selama beberapa jam. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.
** Aida panggang mengunakan Pemanggang Ajaib serba guna Original....
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
2 cawan air
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu sos chili - secukup rasa
sos lada hitam secukup rasa - klu tak ada bubuh je 1sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit gula - jika suka .
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Aida tak ada stok jd tak letak, klu ada masukan pasti lebih sedapppp.....
Akhirnya sambutlah salam sayang dari Aida di SRKM dan ceria2 selalu sambil menyediakan hidang utk family tersayangg..anak2 suka ..mamanya layan sama ...sampai jumpa lagi muahhh....:)
Selamat mencuba!!!