Selasa, 28 Ogos 2012

Frambozen Kenari .....sungguh rapuh dan nyummm2..


frambozen kenari sumber resepi dari blog sue ....suhaida mohaini....10q sue....
Lapisan Cookies - base
- 10 oz tpg gandum (284 gm)
- 1.5 oz gula kaster (45 gm)
- 6 oz butter (180 gm)

Lapisan Putih - Toping
- 60 gm putih telur - 2 biji putih telur
- 100 gm gula aising
- 1 sudu teh tpg jagung

Bluberry atau strawberry filling

cara2:
- Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
- Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
- Tuangkan adunan ke dalam loyang
- Canai adunan ke dalam loyang bersaiz 9 x 12 x 1 inch
- Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
- Keluarkan doh setelah masak
- Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing

toping
- Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
- Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
- Tabur pula dgn badam keping
- Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
- Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping benar2 kering.
- Kemudian potong.
- Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.



kek Lapis Mocha...coklat , kopi / hijau ,pandan / kuning vanila.... rupa mu....


Assalamulaikum dan selamat Hari Rayaaaa semuaaa ...Hari ni baru bermula pose enam...rasa macam nak operasi kek lapis Mocha je..kek lapis book dah selamat....
Alhamdulillah menjadi juga kek lapis mocha ku ini...dah tak sabar rasanya nak ku bedah dan lihat hasil di dlmnya ...ehemmm menawan dan cantk rupa parasmu...wallah perasannya....hehehe 


 Alhamdulillah ....dpt le jamu kekawan yg dpt beraya dan dpt juga di wat pemanis mulut waktu berbuka nanti...JOm kita skodeng resepinya sumber inperasi dari  DJ....Aida copy dan paste ya....dan megadaptasikannya di blog SRKM ni..muahhhh 10q DJ.....



Kek Lapis Mocha Pandan
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : loyang 8" x 8"
  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi (DJ menggunakan mentega SCS) / - aida guna buttercup jee..
  • 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar
Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). 
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis. 
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :-
  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. 
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
  • Dari segi teksturnya, mmg lembut dan sedaaapp!. Lebih lama disimpan semakin lembut dan moist kek ni.

Puding Roti Pelangi ....nyaman dan sedappp....



 Hari ni operasi Puding Roti Pelangi pelbagai bentuk heheh ...wat pemanis mulut untuk berbuka pose nanti....sementara tunggu waktu berbuka ...kita bertapakan dulu ia dlm i/box....baru le nyaman dan segar je lalu ditekak nanti..

Puding ROti Pelangi 

bhn2nya:
* 13gm agar2 serbuk(plain)
* 2 keping roti gardenia (buang kulit)*
* 4 cwn air
* 1/2 cwn gula(blh kurangkan)
* 1/2 cwn susu pekat*
* 1 cwn susu cair*
* 2 sudu besar mentega
* 1 sudu kecil esen vanilla
* cincau dipotong kecil @ bijan hitam(saya goreng tanpa minyak)

Cara-cara

- Masak agar2 bersama gula dan air.
.Hingga agar2 dan gula hancur. 
-Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.
-Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. 
Ambil sedikit adunan bubuh perwarna yg disukai dan hiaslah ikut keritiviti masing2..saya wat bentuk ikan emas dan mawar....dah siap simpan dan bertapakan dlm i/box....mamam sejuk2 nikmatnya lali di tekak..heheh 



Rabu, 15 Ogos 2012

PUDING LAPIS PELANGI....wat iftar di surau TSS2...

Assalamulaikum kepada semua teman di FB semua ...Di kesempatan yang ada ini ...aida ingin melahirkan dari dlm sanubari ini.....

"SEBENING AIR WUDHU..
SESUCI AL- QURAAN ...
SEMERDU ALUNAN ZIKIR.. 
SEINDAH SOLAT 5 WAKTU ...
SETENANG HATI YANG TIADA RASA BENCI DAN DENDAM...

JIKA TANGAN TIDAK SEMPAT NAK BERJABAT..
JIKA WAJAH TAK SEMPAT NAK BERTATAP...
MOHON MAAF JIKA ADA TERKURANG BAHASA ,TERLEBIH BICARA DALAM BERGURAU SENDA, TERLAJAK LAKU YANG TIDAK DI SENGAJA...KEMAAFAN YANG DIPINTA....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN...DARI AIDA DAN FAMILYS.



Alhamdulillah akhirnya jadi juga aida operasi Puding Pelangi utk IFTAR di surau hari ini ...dah beberapa hari tertunda ...minggu2 terakhir kita menjalani ibadah puasa....masih ada masa lagi bertapa dulu dlm i/box....

Bekas ni yg aida wat acuannya...jenama tapaware beli dari kak June Ahmad......baru le esksen sikit nanti bila keluar dari mangkuk tu..hahah

PUDING LAPIS PELANGI :
Bahan Lapisan Plain:
10 gm serbuk agar-agar
220 gm gula pasir
1000 ml air
2 helai daun pandan

Bahan Lapisan santan/susu:
2 helai daun pandan
10 gm serbuk agar-agar
220 gm gula pasir
700ml santan ( buleh ganti dengan susu soya, susu sejat ataupun susu segar)
1/2 sudu kecil garam
300ml air
3 sudu besar susu pekat manis

Bahan PewarnaPewarna Biru, Ungu, Hijau dan Merah Jambu

Cara Membuatnya

1. Masukkan ke semua bahan lapisan plain di dalam periuk dan masak hingga mendidih, pada masa yang same juga, di dalam periuk yang berasingan, masukkan bahan bahagian santan. Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa di kacau. ( kedua-dua adunan ni mesti sentiasa di atas api yang perlahan dan sentiasa panas sebelum proses melapis).
2. Sediakan acuan bulat atau petak..pastikan acuan di bilas dengan air terlebih dahulu, ambil 3/4 cawan agar-agar susu, dan warnakan dengan warna biru, kacau sehigga warna sekata, curah di dasar loyang..ambil pula 3/4 cawan bahagian agar-agar plain, dan warnakan juga dengan warna biru, curahkan di atas bahagian agar-agar santan tadi, biarkan keras, ulang langkah melapis tadi dengan menggunakan warna yang berlainan, sehingga kedua-dua bahagian adunan agar-agar habis.




Aida bubuh ketulan ais supaya cepat sikit proses pembekuan agar2....dan lapis -melapis ....



Beratur perwarna setia tunggu giliran.....hanya tuan tanah nya je yang macam tak sabor...nak kena banyak sabor....tunggu selapis demi selapis mengeras....sabor..sabor...



Selamat mencuba dan beroperasi serta salam sayang dari aida di SRKM.....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITTRI MAAF ZAHIR DAN BATN....Jom layan....puding lapis pelangi....

Ahad, 12 Ogos 2012

Tart Gulung Nanas .....wallah sedapppppp

Tart Nanas biskut yg pasti nya akan ada di Aidilfitri.....biskut yg cair di mulut sesedap di makan..ehemmmmmm sedapppp......Setiap tahun biskut tart memang menjadi pilihan utama ...bergitu juga dgn saya....selalunya wat bentuk bunga ....tahun ni saya nak wat tart gulung pulak...inti pun saya beli je kat kedai bakry king hin.. heheh 

       
perasi cookies cuba2 hari ini ....TART Gulung NANAS Anie Japri ,10q anie .....
Lepas Balik saja dari menghadiri " Majlis Kataman Al-Quraan Perdana Negeri Melaka Beramai2 di Masjid Ai-Alami MITC..terus je operasi alhamdulillah dah dapt 2 adunan....syukur puas juga jari jemari ku menekan....:)


    • TART NENAS - Gulung 

      BAHAN:

      300GM TEPUNG GANDUM
      250GM BUTTER
      50GM GULA AISING
      50GM TEPUNG JAGUNG
      1 SUDU TEH ESEN VANILLA
      1 SUDU TEH ESEN NENAS
      2 BIJI KUNING TELUR
      *UTK SAPUAN ATAS TART
      1 KUNING TELUR+2 SUDU BESAR SUSU CAIR

      CARA
      MIX BUTTER+GULA-SEBATI.MASUKKAN KUNINGTELUR+ESEN VANILLA+ESEN NENAS.
      MASUKKAN TEPUNG DAN GAUL RATA.REHATKAN SEBENTAR DOH DLM PETI AIS.KELUARKAN DAN BIAR SEKEJAP SEBELUM MULA MENERAP DGN ACUAN TART.BAKAR IKUT SUHU OVEN MASING2.



Selasa, 7 Ogos 2012

Nasi Goreng Pattaya....wat berbuka pose...

Alhamdulillah 5 set Nasi Goreng Pattaya kegemaran anak2 dah siap....standby  waktu berbuka pose utk hari ini 6/8/2012..... selamat berbuka pose di ucapkan pd semua.....



Nak wat nasi goreng tu aida guna je perencah nasi goreng cina ...klu tak ada perencah wat le perenah sendiri.....Apa yang penting mesti ada nasi goreng .. baru le boleh operasi  Nasi goreng Pattaya...hehe klu tak ada nasi memang den tak dapat nak nolong....huhuh ...


Nasi Goreng Pattaya:

Bahan-bahan ( 2 -4 orang makan )

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 gengam sayur campur
  • 1 ketul dada ayam di hiris nipis
  • 3 biji cili padi/3 sudu cili kering- jika suka
  • 1 bungkus perencah nasi goreng cina - knoor
  • 4 biji telur

  • Cara-cara :



  1. tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis,  ayam, dan sayur campur. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi dan bubuh perencah nasi goreng cina knoor....
  2. Setelah siap nasi goreng, ketepikan.
  3. Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Tapi jangan terlalu tebal.
  4. Dalm kuali layang2 kan telur bagi nipis dan sekata ...masukan nasi ..bila telur dah kering lipat tepinya menutup nasi dan ambil pinggan dan terbalikan kuali atas pinggan... 
  5. Maka, siaplah Nasi Goreng Pataya. Boleh lah di letakkan Sos...hiasai dgn timun dan bawang goreng .
  6. Boleh ulang semula bungkus nasi dengan telur tu. Selamat mencuba...

Isnin, 6 Ogos 2012

Ayam Masak sunquick ..memang wallah...sedappp


Juadah berbuka saya semalam....Nasi Minyak sunquick , acar timun berlaukkan Ayam Masak sunquick resepi dari Anie Japri ehemmmmm memang sedap 10q anie ..., murtabak daging 'Rose" , Air frase oren hubby operasi , tidak ketinggalan juga laksa penang pemberian dari jiran...Alhamdulillah....

                            

lebih kurang macam ayam masak merah bermadu cuma kita add sunquick je.... ...Jom skodeng resepinya ....kita cuba operasi dan layannn..pasti sedappppp anak2 suka

AYAM MASAK SUNQUICK
(sukatan agak2 ye)

seekor ayam bersihkan dan potong2 -digaram kunyitkan dan goreng...membal2 je ..klu garang sangat nanti ayam jadi keras.
1 biji bawang merah-hiris nipis 
sehelai daun pandan-disimpul
2 batang serai-dititik
1/2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 inic halia- diblender
4 sudu besar  lada kisar 
sos cili secukupnya 
2 sudu makan jus oren sunquick 
madu / gula secukupnya 
garam secukupnya 
kuib ayam 
air sedikit jika nak berkuah .

CARA:
-Tumiskan bawang merah,serai dan daun pandan.bila naik bau masukkan bahan blender dan cili.Tumiskan sampai betul2 naik minyak.dah tu boleh masukkan sos cili dan air perasakan dgn garam,gula @madu dan kiub ayam
Rasa dah cukup semuanya masukkan ayam.akhir sekali masukkan jus oren.sedap sangat makan dgn nasi tomato . Aida makan dengan  nasi minyak sunquick dan acar timun...walllah licin...... 




 pelengkap hidangan ......pemanis mulut..


Sabtu, 4 Ogos 2012

cream puff.... sempena Majlis Taqarub Ramaddan .....Alhamdulillah ....

Assalamulaikum .... Alhamdulillah  semlm sempat Aida operasi cream puff sempena  majlis Taqarub Ramaddan yang telah di adakan di surau taman Aida. Dengan penceramah Ustaz Fadil  B. Fazil . Sumbangan juga di berikan kepada  anak2 yatim , Ibu2 tungal, warga emas, Alhamdulillah ianya berjalan dgn lancar.

Terima Kasih aida ucapkan kepada kekawan yg sudi berkongsi resepi cream puff yg sedap bangaet ni......Jom le kita tengok resepi ....Jom operasi dan Jom layan.....Salam Sayang dari Aida di " Sentuhan Rasa Kasih Mama "....





 ~~Cream Puff ~~

Bahan2 utk membuat puff:
125gm tepung
2 tsp baking powder
100gm butter

250ml air
1 / 2 tsp gula dan sikit garam
3 telur


Cara2nya:
air, mentega, garam dn gula dimasak sehingga mendidih, kecilkan api dan msukkan tepung sambli kacau dengan senduk secepat mungkin supaya tdk melekat pd periok, sy guna kuali je..kacau smpai dia jd doh yg sgt lembut...kemudian n tutup api dan sejukkan sekejap..biar kan
 dulu smbil tu buat krimnye ye..bla dh sejuk sedikitt blh lah masukkan dlm bekas dan pukul kan telur sebiji demi sebiji dlm adunan..setiap kali pukul mesti telur benar2 adun dgn adunan tepung..dn akhir sekali pukul smpai berkilat adunannya..(guna mesin kek),,pastikan oven benar2 panas sblum bakar..paipkan atas dulang yg tlh disapu mentega dn bakar sehingga keperangan..klu kekuningan nnti x msak, biar perang skt mcm dlm gambar. krim puff mesti kembong dan naik gebu jk d bakar..Insya Allah ..

Bahan utk membuat custard
1 cwn air
1 / 2 cwn susu
1 / 2 cwn tepung kastard
5 tbsp gula

1biji  telur 

** campurkan dan masak dlm kuali/periuk kacau smpai beku...bila dah siap boleh lah belah puff dan masukkan krim dlmnya..memang sedap dan anak2 pasti suka..
selamat mencuba..



 Sedang operasi cream Puff.....tunggu sejuk sekejap baru bubuh cream castard.....



 sempat juga wat kan juadah lain puding Roti . ondeh2 buah melaka , karipap kentang dan popia goreng utk di bawa ke surau sempena majlis Taqarub , ceramah , dan penyampian sumbangak kepada anak2 yatin, ibu tunggal dan oku.....majlis berlangsung dengan sempurna sekali......Alhamdulillah...

Khamis, 2 Ogos 2012

Biskut Semperit / Dahlia ,Biskut upin dan ipin anak gelarkan~~ Jom mengcookies.....

Assalamulaikum diucapkan kepada semua dan  selamat menjalani ibadah puasa  dengan kesabaran dan keimanan hendaknya...
Experiment baru bermula 1st operasi.....Biskut Semperit /bunga Dahlia....NI kes GERAM dan TERGODA dgn tayangan dari kekawan yg telah mencuba .....


Terima kasih aida ucapkan kepada teman2 yg banyak membantu..sebenarnya aida bukan lah seorg yg mahir tentang biskut2 ni...tu yg teruja bebenor nak mencuba ...10q juga pada Haida Rafqi atas perkongsian resepi ini memang wallah sedappp rapuh di tangan tp cair di mulut....di sebabkan terlalu rapuh aida dah derhaka resepi dengan menambahkan sedikit tepung gandum bagi biskut ni supaya tidak berderai bila di sentuh....maaf kan kami. !! hehhe atas penderhakkan ini..tak sanggup rasanya nak makan dan hidangkan pada tetamu dgn sudu biskut yang sesedap ini ..heheh 


Aida guna tepung ni......puas cari akhirnya ketemu juga.....tp rasanya klu pakai tepung kastard bird pun ok kot.....tp disebabkan kekawan yang lain guna tepung cap bunga merah ni aida pun follow je..dah jumpa lah katakan....eksen sikit...heheh .....kekwan pakai acuan semperit ...aida pakai Nozel bunga pecah 10 ni je....Nozel pelbagai guna lah katakan...senyum je tak perlu kata apa2..save bagettttt .....CANTIKKKK kan kan kan....


Tak mahu bercoletah panjang apa kata kita intai2 dulu resepinya ..cari bahan2 dan JOM operasi....dan JOM menikmatinya ....selamat berexperiment dan beroperasi aida ucapkan....Salam Sayang juga dari aida di SRKM  dan selamat berbuka pose di ucapkan pada semua....muahhhh :)

Biskut Semperit / bunga Dahlia 
BAHAN BAHAN


250 gram butter
50 gram gula aising

1 penutup esen vanilla
1 peket tepung kastard cap bunga merah
2 sudu besar tepung jagung


50g-60g tepung gandum  - ini Aida tambah
1 sudu kfc kuning telur


ceri merah - sebagai hiasan

Cara2nya :)



-Gaul butter dan gula icing hingga sebati,


-masukkan telur, esen vanilla,


-masukan  tepung gandum, tepung kastard, dan  tepung jagung...


-masukkan dlm acuan semperit dan tekan ke atas loyang , 


-letak sedikit ceri untuk hiasan.
 
-Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 170 C.





setelah menanti dlm 15-20 minit masak sudah biskut semperit dahlia ku.........w/p agak rapuh tp masih dpt di pegang dgn tangan.....wallah sedapppppp....