Ahad, 24 Julai 2011

~~Apam Harum manis~~

Hari ini operasi Apam Harum manis wat sarapan pagi ..memang manisss dan sungguh yummyyy......tengok ada pisang dah masak ranum tergolek2 kat rak tu apa kata kita berexperiment "Apam" ..tak kan nak wat cenkodok lagi...ni aida nak kukus lah...jika da bebaki boleh juga wat minum ptg nanti...Jom layannnnnn..:))




Bahan-bahan :)

300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8 biji pisang raja dihiris bulat tipis( tak semestinya guna pisang raja ....pisang lain pun boleh janji guna pisang yang dah masak seperti pisang emas/ kapas@ nipah / berangan pun boleh)


Cara-cara
1.Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
2.Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
3.Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.
4.*** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi **



Jumaat, 22 Julai 2011

~~Ayam Masak Kicap Serai~~

Assalamulaikum dan selamat t/ari wat semua ..dah makan tengah ari ? apa menu special wat family tersayang t/ari ini ?...Hidang menu t/ari aida sefamily utk hari jumaat yg mulia ini "Ayam Masak Kicap serai".tqvm pada Suraya Baharom yang sudi berkongsi resepi dan ilham rasa yg sungguh sedap dan lazat ini....makan pasti sampai menjilat jari..percayalah...
tu pun klu guna tangan....hehhe tak nak cerita banyak jom tengok resepi...jom operasi dan jom layannnnn....
~~Ayam Masak Kicap Serai ini....salam sayang dari Aida di SRKM.....


Bahan- banhanya:)
Ayam potong kecik2 lagi bagus..cepat empuk..
bhn utk d kisar halus...
2 ulas bwg putih
1 biji bawang besar
1 btg serai..
4 inci halia.....su penah amik tali tape ukur halia ni...hehehe
lada kering 10 tangkai ..rendam dulu eh....

perap kat ayam bhn ni..
5 sudu kicap pekat
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
2 sudu gula pasir
1 sudu lada sulah

Cara nak masak :)
daun pandan sehelai diikat
2 btg serai d ketuk...
lengkuas diketuk....
panaskan minyak dan tumis daun pandan,lengkuas dan serai dulu..
masuk bahan kisar dan tumis sampai garing sikit..
masuk kan ayam yg di perap tadi...(ayam perap setengah jam je)
masuk air utk biar ayam sampai empuk ..
masuk kan cili padi merah ke... hijau ke.....x letak pun x pe....
biar kuah pekat dan ayam empuk...

p/s : kita makan dgn nasi putuh @ ketupat@ nasi impit masa raya pun sodap....

~~Pucuk Ubi Sambal Tempoyak ~~


Musim durian datang lagi...durian memang sedap di makan bergitu saja..Malahan macam2 yang kita boleh buat dengan buah durian..salah satunya orang selalu wat "Tempoyak"...Bagi pengemar Tempoyak apa kata kita cuba pekena sambal tempoyak bersama pucuk ubi....tanpa bubuh bawang.. wallah layan dengan Nasi Putih Hangat memang tak hengatttttt klu dah makan ....adoi sungguh sedap dan lazat..ni pun dah cukuppppp..Jom kita layan kejap cara2 nak sedikannya ...

~~Tempoyak ~~klu nak sedap hasilnya perlu gunakan durian yg baik juga....


bahanya yang perlu ada :
Tempoyak secukupnya - Aida bubuh dlm 4 sudu besar.(Ini ikut banyak mana pucuk ubi yg kita
ada)
2 ikat pucuk ubi
4 helai daun kunyit - hiris halus
20 biji cili padi - klu rasa nak lebih pedas boleh tambah
Segenggam ikan bilis agak2 saja - tak kan nak kira ekor lak kan...cekut2 aje....:))
3 inci kunyit hidup/ basah .
garam dan gula secukupnya .
1 cawan air - ini agak2 saja cuma nak lembutkan sekejap pucuk ubi ...
klu ada petai lagi best -tp aida tak ada stok faham2 aje lah...aida abaikan....heheh

caranya :)
- pisahkan pucuk ubi dari tangkainya ...ambil yg muda saja ...
- cili padi, ikan bilis dan kunyit hidup ditumbuk /kisar.Masukan dlm kuali pucuk ubi,semua bahan kisar dan tambah air, masak kacau hingga pucuk ubi layu/lembut sedikit .Jgn lembut sangat nanti tak kaw2....sambalnya
- Kemudian masukan daun kunyit dan tempoyak , addkan garam , gula jika suka .kacau rata dan masak hingga sambal agak pekat ....jika dan cukup rasa semuanya bolah diangkat dan dihidangkan. bersama nasi putih.Jom layan ....Jom operasi dan Jom Rasa....wallah memang power.....salam sayang dari Aida di SRKM....

Khamis, 21 Julai 2011

~~ Kuey Teow Goreng Sempoi ~~


Sarapan pagi.... Kuey Teow Goreng Sempoi 21/7/2011 wat sarapan anak-anak yang akan ke sekolah dan My hubby yang akan berangkat ke tempat kerja..Kuey Teow yg simple guna aje apa bahan yg ada ...cempak2 aje , goreng dan alhamdulillah siap...resepi yg mudah ..yg pasti sungguh yummyy ...Jom masak dan Jom layannnnn ...:))salam kemesraan dari Aida di SRKM....

~~Kuey Teow Goreng Sempoi Aida ~~


Bahan-bahan ( 6 orang makan )
2 bungkus kuey teow
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 ekor udang segar - buang kulit
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 fishcake
kicap manis secukupnya ikut suka hitam mana nak...
2 susu besar sos tiram
2 sydu sos cili - jika suka
1 genggam taugeh -ikut suka
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air - jika perlu
sepokok sawi - ketuk sikit batang sawi / daun kucai pun ok
timun,lada merah dan limau kasturi sebagai hiasan ...

Cara-cara
1. cuci dan toskan kuey teow
2. blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih , masukkan udang dan fishcake , kacau rata.
3. panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing
4. masukkan sos tiram , sos cili dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi jika pekat sangat supaya tak hangus....kecil kan api ...
5. masukkan garam+perasa dan kacau rata
6. masukkan kuey teow dan gaul hingga rata
7. akhir sekali masukkan taugeh dan sayur sawi / kucai kacau hingga sebati dan masak dlm 2 minit lagi dlm kuali sekali sekali kacau rata supaya tak berkerak.
8. rasa klu dah ok semunya ..boleh lah dihidangkan dgn limau kasturi belah 2 , lada merah dan timun hiris nipis.

Rabu, 20 Julai 2011

~~Sambal Belacan Citrasa Aida ~~


Semua org tahu wat sambal belacan malah lebih sedap dari yg ini...di sebabkan ada yg minta resepinya ,Ini sambal belacan citrasa aida ,ada kawan2 yg nak rasa....jadi aida kongsikan bersama di blog SRKM..mudah2an ilmu yg sedikit ini dapat dikongsikan kita bersama.... klu nak wat banyak tambah lah ya... ni cukuplah wat sekali makan...Salam sayang dari Aida di SRKM.......
Jom tengok resepinya dan jom layannnn dgn ulam2 yg digemariiii....

Bahan2anya:
3 biji lada merah- patah2 kan
5 biji cili padi - nak pedas boleh tambah lagi
2 ulas bawang merah / setengah bawang besar sedang -belah2 potong kecil
2 ulas bawang putih - belah 2
belacan
satu sudu makan gula
1 biji lima kasturi- potong , perah airnya dan hiris nipis2 kulitnya

caranya :)
- Goreng semua bahan2 , kecuali gula dan limau kasturi. toskan dan ditumbuk atau nak senang masukan dlm blender yg kering,masukan semua bahan goreng dan gula..kisar ..terrrrrrr.....dah siap ,masuk dlm mangkuk dan perahkan dgn limau kasturi yg di belah dua dan kulit perahan limau tu hiris nipis2 dan masukkan sekali dlm sambal belacan yg telah dikisar tadi...kacau rata dan boleh lah dimakan dgn sayur ulam2 yg digemari bersama-sama nasi putih hangatttt..wah makan tak hengatttttt..perahhhhhh .....:))

Semur Daging Kicap..

"Sentuhan Rasa KasihMama" ...Alhamdulillah dapat aida sediakan menu wat sefamily utk t/ari ini 20/7/2011....Tqvm Wardah Berduri berduri atas cetusan rasa dan ilham menu t/ari Aida ini dah terhidang .....Daging semur kicap Berempah soto tp ada pendehakaan sikit dagingnya aida tak letak jintan dan ketumbar yg disangai, aida gantikan dgn Rempah soto power kiriman dari kk sherry, bahan2 yg lain aida followww...selain itu Sayur sawi jepun Goreng tiram dan pelengkap selera sambal belacan lawan peria katak...perahhhhh Jom layannnnnn.....sedapppppp.​....:)).Resepi ini aida terus copy dan paste dari Puan Wardah Berduri TQVM babe...



Bahan-bahan
Bahan perapan untuk 1kg daging (daging dipotong ikut suka)-aida potong nipis2

ketumbar biji 2sudu makan )-
jintan halus 1sudu makan )-Inilah aida gantikan dgn 2 sudu besar rempah soto power...
bawang putih 5biji
halia sebesar ibu jari
kunyit serbuk 1sudu besar
garam 2tspn

Semua bahan diatas ditumbuk halus. Setelah itu perap daging bersama bahan yg ditumbuk selama 30mins..lalu daging digoreng hingga hampir masak. (pastikan waktu menggoreng, daging digoreng sikit demi sikit..don't lump everything in the frying pan!!)-- disebabkan kesuntukan waktu..aida abaikan goreng daging ni...

Bahan untuk disangai (Bahan A)
ketumbar biji 3sudu makan
jintan halus 1 1/2 sudu makan

Jintan dan ketumbar di sangai tanpa minyak atas api kepanasan sederhana hingga wangi. Blender sehingga betul-betul halus dan ketepikan.

Bahan B
Serai 3 batang
halia 7 hiris
lengkuas 5 hiris
bawang putih 5 biji
cili kering 5 batang (cuci dan buang biji)

Semua Bahan B diblender halus. Set aside.

Bahan untuk menumis
20biji bawang kecil- dihiris- aida kurangkan sikit.
Kentang 3 biji dipotong serong - goreng & set aside
1 tomato cut wedges
2 bawang besar- dipotong bulat
1sudu teh penuh asam jawa
kicap 2cawan - Ini Aida agak2 saja tgk secukupnya tak sukat...
1/2 cawan air
Gula 2sudu makan
Garam secukup rasa
2 helai daun limau purut koyak2kan dan 2 biji lada merah belah 2- ini Aida tambah...

Cara memasak
Dgn bekas minyak menggoreng daging, tumis bawang kecil hingga wangi dan kuning. Kemudian masukkan Bahan B. Tambah minyak jika kurang. Tumis lagi lalu masukkan Bahan A. Gaul rata dan tumis dgn api sederhana hingga wangi..

Tuang kicap, air, asam jawa dan daging. Tunggu sehingga mendidih lalu masukkan Bahan C. Masak dgn api sederhana sehingga daging empuk (abt 40mins). Boleh ditambah air kalau nak bnyk kuah. Pastu masukkan gula, salt ,bawang besar ,daun limau purut dan lada merah. Gaul rata dan tunggu kejap..after bout 5mins or so, matikan api lalu campakkan tomato dan kentang goreng. Dah..!!!


~~Kenali Peria katak~~

kekawan kenal tak ni sayur apa ?.....ya betul "Peria Katak"....memang pahit bangetttt...tp banyak khasiatnya tau klu dimakan.....apa khasiatnya tu? ..jom kongsi2 kan.....


Peria katak- khasiat dan kelebihannya

Peria katak atau nama saintifiknya Momordica charanthia memang tidak asing lagi oleh masyarakat Malaysia. Ramai yang tidak suka memakannya kerana rasanya yang pahit. Tapi jika anda bijak memasaknya, rasa pahitnya tidak akan berapa terasa dan ia akan menjadi antara makanan yang amat berkhasiat.


( Pokok Peria Katak :Gambo Ehsan dari Googel)

Peria katak sebenarnya amat kaya dengan vitamin dan zat galian. Adakah anda tahu bahawa untuk setiap 100 gram peria katak , ia mengandungi 8 gram protein (untuk membina tisu badan), 2.9 gram karbohidrat (untuk tenaga), 0.9 gram fiber (untuk penghadaman), 56 gram kalsium (untuk gigi dan tulang) serta vitamin C dan B. Disamping itu juga ia mengandungi 140 gram beta karotena (untuk pengelihatan), 6.1 mg zat besi, 10 mg fosforus dan 116mg kalium. Ketiga-tiga garam galian yang terkandung di dalam peria katak ini amat berguna untuk metabolisme dan mengekalkan fungsi badan.



Khasiat jus dan air rebusan peria katak

Mampu merawat penyakit diabetes - dipercayai dengan menjadikan ulam setiap hari sebanyak 4 ke 5 biji, ia mampu merawat diabetes. Ia juga boleh dibuat jus untuk mendapatkan khasiat yang sama.
Air rebusannya pula dipercayai boleh merawat sembelit.
Air rebusannya juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Caranya adalah dengan melumurkan air rebusan peria katak dikepala dan urut kepala selama 10 minit sebelum dibilas bersih.
Air rebusannya juga boleh dijadikan tonik yamg mampu membersihkan darah dan membantu penyakit darah tinggi.
Air rebusannya juga boleh merawat batuk dan ccirit birit.
Ia juga mampu merawat sakit mata.
Air rebusan peria katak yang dicampurkan sedikit dengan jus limau boleh mengatasi ketagihan alkohol. Amalkan meminumnya selama empat ke lima bulan untuk melihat hasilnya.
Khasiat daun peria katak


Peria katak Sangat elok dan bagus dimakan mentah wat sebagai ulam.....lebih berkhasiat... yg pahit itu ubat dan penawar...yg paling mujardb....:))

Boleh merawat penyakit buasir - Caranya adalah mencampurkan perahan daun peria katak kedalam susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akarnya pula hendaklah dihancurkan dan disapukan pada tempat buasir.
Untuk mereka yang terkena demam campak, daun peria katak yang dicampur dengan kunyit hidup dan ditumbuk boleh dijadikan ubat sapu bagi menghilangkan gatal demam campak
Untuk ibu yang menyusukan anak, amalan memakan buah peria katak ini dapat membantu menambahkan pengeluaran susu.( di Adaptasikan dari sumber2 google , blog org2 perseorangan dan rakan2 yg membantu memberi pandangan dlm khasiat peria katak ini tqvm.... dan salam sayang dari Aida di SRKM...)

( Gambor Ehsan dari Google)

Amalkanlah memakan peria katak ini, walaupun pahit, banyak khasiatnya. Selain jus dan air rebusan, berbagai cara hidangan boleh dilakukan untuk menaikkan selera memakannya seperti kerabu, perita goreng bersama telur dan sebagainya.Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.

Isnin, 18 Julai 2011

~~Bubur Merah Bubur Putih~~

Hari ini 18/7/2011 genaplah puteri ku BB Fatin Syahidatul Aqilah berusaha 4 tahun....Sebagai penyeri hidup kami sekeluarga ....Alhamdulillah 4 tahun yg lalu 18/7/2007 dgn kelahiran seorang puteri yg telah menjadi penyeri dan pelengkap mahliga yg kami bina 15 thn ..Alhamdulillah setelah 11 tahun menanti dikabulkan juga dan lahirnya seorang puteri setelah kami dikurnikan 3 org putera terdahulu.....Sebagai menyambut Hari kelahirannya Aida sempat juga wat kan beberapa juadah kegemaraan utk kami sekeluarga menikmatinya ...kebetulan ulang tahun BB jatuh pada nisfu syabban 15 bulan syabban dan 15 dan 16 syabban aida sefamily berposa sunat....kami raikan juga pada malam 15 syabban selepas berbuka posa sunat nisfu syabban ...kiranya dah afdalah 17 malam 18 hb July 2011 ...klu bulan islam dah masuklah datenya tu....


Alhamdulillah 4 org permata hati Mama dan ayah.....Doa dan Harapan Mama dan Ayah wat mu anak2 yg tersayang....Ya Allah kurniakanlah kami anak2 yg soleh dan soleha, Kurniakanlah juga anak2 kami kefahaman para Nabi, Hafazan para Rasul dan Ilham para malaikat...Keluarkanlah mereka dpd. gelap kejahilan..Muliakanlah mereka dgn cahaya kefahaman, Bukankanlah kpd mereka pintu ilmu, Hiasilah diri mereka dgn Akhlak yg baik, lemah lembut dan ketakwaan....Terangilah hati mereka dgn cahaya pertunjukmu sepertimana Engkau menerangi langit dan bumi dgn rahmatmu dan berkatilah hidup kami sekeluarga hendaknya.....Wahai Maha Pengasih dan Penyayang.....Aminnnnn ...Salam yg teramat Sayang dari Mama dan Ayah.....♥ ♥ :)




Masih Aida Teringat Dulu-dulu,bila lulus periksa atau ada sesuatu yang baik berlaku, emak aida akan buat bubur putih bubur merah. Lah ni pun masih diamalkan ..Ni dah berumah tangga mak mertua aida pun masih membuatnya sebagai tanda kesyukuran.Bubur ni selalu disediakan dalam masyarakat jawa sebagai simbolik atau tanda kesyukuran dan pada aida melambangkan peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan seharian.Jadi sempena tanda kesyukuran Ulang Tahun BB Fatin,aida sempat juga buatkan "Bubur Merah Bubur Putih" ini utk diberikan sedikit wat rasa2 kepada jiran2 sebelah menyebelah rumah aida ni..


Bubur putih bubur merah terdiri dari 2 bahagian, merah rasanya manis dan putih rasanya tawar dan masin sedikit. Selalunya dibuat menggunakan beras pulut, tapi ada juga yang buat guna beras nasi.


Mudah2an jadi anak yg solehan .... Ayah, Mama dan Abang2 sayang kamu....
SELAMAT ULANG SAYANG MAMA BB Fatin......YG KE 4 thn.....InsyAllah tahun depan dah mula masuk sekolah Tadika......5 tahun.....♥ ♥ :) Jadi anak yg soleha dan rajin belajar ya.....
Lah dah dok bercoleteh aje lupa lak Aida nak kongsi resepi .....Jomlah tengok resepinya "Bubur Merah Bubuh Putih"..Jom Operasi dan Jom Layannnnn..Salam sayang dan kemesraan yg berpanjangan dari Aida di SRKM...muahhhhh :)) <3


Bahan-bahan :)
200 gm beras pulut-di cuci bersih
2 ketul gula melaka-di masak dgn 1 mangkuk air n di tapis / gula merah pun boleh.
200 ml-1 kotak kecil santan
2 sudu mkn gula pasir-optional- jika air gula merah kurang manis .
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Secukup air utk tanak pulut


Cara-cara
1. Tanak pulut dgn secukup air hingga kembang dan masukkan juga daun pandan.
2. Masukkan santan,masak hingga sebati dan asingkan beberapa senduk pulut ke dlm mangkuk lain dan tambah garam ke dlm(mangkuk)kacau rata.
3. Masukkan air gula melaka/ gula meah ke dlm pulut selebih nya kacau rata,kalau kurang manis tambah gula pasir.
4. Apabila sudah masak sendukkan bubur pulut merah tadi ke dlm mangkuk dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atas nye.Dah siap utk di santap.


Doa dan harapan semoga sentiasa memayungi kehidupan kami sekeluarga dlm kerahmatan dan keberkatan....


Tak dapat nak wat kan kek b/day BB sbb Ayah Shamsul dah belikan ..jadilah Mama Aida wat kan Sentuhan Rasakasih Mama dgn makanan kegemaran BB dan anak2 wat aida dan my hubby berbuka posa tadi..Ayam Goreng alah2 KFC dan tofu with oyster souce...

Ahad, 17 Julai 2011

~~Puff Mini Daging Keju~~

Hari ini Aida operasi lagi wat puff mini InsyAllah boleh wat berbuka posa utk kami sekeluarga petang ini .Ada lagi berbaki Puff pastry Jenama "Kawan" jadi pilihan ...kali ini experiment wat Puff Mini Daging + keju, aida taburkan Keju mozarella secukupnya sesudah dibakar dlm oven 20 minit kemudian bakar lagi dlm 6 minit ,TQVM pada CMG sumber inperasi....sungguh sedap dan ranggup dan rapuh sekali kulit puff di add intinya yg wallah..inti ikut citrasa sendiri....Alhamduillah menjadi...w/p rupanya tak secantik kekawan yg telah membuatnya tp pastinya Aida akan puas hati bila tgk anak2 seronok makan macam smlm wat ...sungguh yummiiiiii :))Jom operasi...Jom layannnnn dan salam sayang dari Aida di SRKM....



BAHAN INTI :-)


1/2 bungkus daging kisar- cuci dan toskan
1 serbuk kari daging
3 ulas bawang merah -kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji kentang -kupas kulit dan potong kiub
1 hirisan halia, cincang halus
setangkai daun kari/ daun sup hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
jus lemon / limau kasturi / 2 sudu air asam jawa
air secukupnya

Bahan2 lain
1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci
1 kuning telur, dikacau sedikit
Keju mozarella secukupnya



Puff pastry Jenama "KAWAN " jadi pilihan.....


CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah ,bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan serbuk kari dan daun kari, tumis hingga garing. Masukkan kentang dan daging kisar dan air paras kentang , masak hingg kentang empuk, sekali sekala Kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan jus lemon / air asam jawa, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.

2.UNTUK PUFF PASTRY :- Ambil 1 keping puff pastry tadi. Potong huruf "L" pada penjuru pastry, buat potongan sama juga untuk penjuru satu lagi, tapi pastikan ianya tidak putus pada 2 penjuru lain. Kemudian sapu kuning telur pada keliling bahagian luar garisan (seperti dalam gambar). Lepas tu lipat satu bahagian ke dalam, pastikan ianya berada didalam garisan , kemudian bahagian satu lagi dilipat ke arah berlawanan, tekan2 sedikit biar lekat. Alih ke dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur atas pastry tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit.

3.Untuk Daging Keju :- Keluarkan pastry tadi. Buat lubang pada bahagian tengah pastry (seperti dalam gambar), sudukan inti sardine hingga penuh dan letakkan beberapa parutan keju mozarella. Buat hingga siap dan bakar kembali dalam oven selama 5 - 6 minit sehingga keju mencair dan kelihatan keemasan. Alih kan Daging puff tadi atas jaringan.



~~Puff Segi tiga daging kentang~~




BAHAN INTI :-)
1/2 bungkus (200g) daging kisar- cuci dan toskan
1 serbuk kari daging
2 biji kentang di kupas kulit dan potong kiub
3 ulas bawang merah -kisar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan halia, cincang halus
setangkai daun kari hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
jus lemon /2 sudu air asam jawa
air secukupnya

Bahan2 lain

1 pack puff pastry jenama "Kawan" bersaiz 4 inci x 4 inci - 10 keping
1 kuning telur, dikacau sedikit


Cara penyediaan inti :)

UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah ,bawang besar dan halia hingga harum. Masukkan serbuk kari dan daun kari, tumis hingga garing dan kekuningan.
- Masukkan daging cincang dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas kentang dan daging.Masak hingga pekat atau hampir kering.
- Bila pekat masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan bawang cincang dan masak hingga pekat. Gaul rata dan angkat.Sejukkan.

CARA MEMBUATNYA :-)

-Ambil sekeping pastry puff kepada 2 bahagian. jadikan bentuk segi tiga .1 bahagian dikelar2 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 3/4 camca teh inti . Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.

-Sapu dgn kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

~~Mini Sardine Puff ~~


~~Mini Sardine Puff ~~ sebenarnya Aida wat ptg smlm utk minim petang sefamily.....Aida gunakan Puff Pastry jenama "KAWAN" memang sedap dan lembut serta rapuh ..klu kat rumah ada stok lagi bagus ..boleh wat bila2 masa utk sarapan pagi atau minum ptg...watnya pun tak susah ....mudah dan cepat...anak2 pasti seronok bawa bekal ke sekolah...Jom Operasi ..Jom Layannnn..Salam sayang dari Aida di SRKM.....:))




Bahan-bahan untuk sardin ( Inti)

1 tin ikan sardin -buangkan sos yg dalam tin
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar sedang-dimayang
2 biji bawang putih- tumbuk
1 kentang sedang - kupas kulit dan potong dadu
gula dan garam secukupnya
2 sudu besar air asam jawa atau jus lemon
Minyak utk menumis.



Cara-caranya :)

-Panaskan minyak...tumis bawang merah, putih hingga harum.
-Masukkan cili kisar..tumiskan hingga cili masak..masukkan gula..gaulkan hingga sebati
-Kemudian, masukkan ikan sardin tanpa sos dalam tin ..hancurkan dan gaulkan dengan sebati.
-Masukkan air asam jawa/perahan jus lemon. Dan perasakan dengan gula dan garam. Bila dah masak..angkat sejukkan

Bahan untuk pastri
Bahan Lain: yang ini saya follow CMG punya steps, 1 pack puff pastry jenama"KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
1 biji Kuning telur, disapu

UNTUK PUFF SARDINE KELAR-KELAR

:- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat KELARAN seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar tadi.
-Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20-25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang
bersama sos kegemaran, jika suka...

-CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

Bagus juga wat anak2 yg hendak bawa bekal ke sekolah.....