Jom kita tengok resepinya , Jom kita operasi , dan nikmatinya wat minum ptg dgn cakes Pandan Layer....ehemmmm sedappp ...rasa cake dan carstardnya sungguh lembutt sekali....
Cake Pandan Layer...
Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci )
BAHAN2 UNTUK
KEK:-
5 biji telur Gred B
150 g gula ising - aida guna gula castor jee.
150 g tepung gandum*
1 camca
teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
80 ml minyak jagung
1sdb
ovallate .
1 camca teh paste pandan dan perwarna hijau
80ml susu
segar/cair
BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
1200ml santan
1 cawan gula - ikut manis
10 g
serbuk jelly / agar2
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna
hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian
tapis)
Secubit garam
Cara-cara:
UNTUK KEK:-
-Campurkan telur, tepung , susu cair / segar dan overlatte... kecuali minyak. Beat dgn kelajuan maksima hingga gebu 2 kali ganda dari asal..
-Masukkan minyak jagung dan KAUP BALIK GUNA SENDUK SAHAJA ...gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8
x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan
juga permukaan kertas dgn mentega.
-Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada
suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan.
- Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7)
inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
UNTUK KASTARD:
- Satukan
semua bahan2 untuk kastard dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat., gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat.
-Matikan
api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
UNTUK MEMBUAT KEK
LAPIS PANDAN:
- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci.
-Tuang 1/3 adunan kastard
dan ratakan.
-Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit.
-Tuang lagi 1/3 kastad dan
lapiskan dgn sekeping lagi kek.
-Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong.
-Lapiskan
lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek.
- Isi ruang2 tepi
kek dgn lebihan kastard.
-kemudian hentak2 manja sikit loyang tu biar padat kasterd tu...
-Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1
jam.
- Bila dah keras, tarik silit kasterd dari tepi2 loyang. Nanti nampak kasterd akan meregangdari tepi2 loyang.terbalikkan dan
-Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
-Bahagian yg ber
kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard
dan akhir dgn kek..
- Hias ikut kerativiti masing2...
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan sbb kek ni memang sedap dimakan sejuk.
**Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci
tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan,
kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini
memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...
** Bagi yang 1st membuat kek ni , may be semasa melapis kek dgn kasterd akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang , kemungkinan adunan kasterd akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kasterd pd kek.Tapi jangan khuatir... Kalau lihat kasterd di dalam periuk tu mula mengental ,just tambahkan sikit air biasa @ santan dan kacau kejap atas api dapur. Nanti kasterd tu akan cair semula. SO bolelah terus menyambung kerja2 melapis kek anda....
Ehemm ni tak boleh di intai dlmnya sbb ni kawan yg punyaaaaaa......hihih
Alhirkata sebelum aida mengundurkan diri wat sementara waktu sambutlah salam sayang dari Aida di dapur " Sentuhan rasakasih Mama Aida ini wat semua...muahh....sapai jumpa lagi di N3 yg lain dahhhhhh.....nikmati Cake Pandan Layer custard ...pastinya nyummmm2...