Assalamulaikum dan salam sejehtera wat semua.....Hajat dah lama ingin mencuba operasi kek princess Barbie ....Alhamdullillah menjadi juga hari ini sempena menyambut ulang tahun puteri tunggal saya BB Fatin Syahidatul Aqilah yg ke 5 thn 18/7/2012....walaupun tak secantik kekawan yg lebih pakar bab deko mendeko ni..jadilah ...heheh
SELAMAT HARI LAHIR buat BABY FATIN SYAHIDATUL AQILAH yang ke 5 thn 18/7/2012.......Doa dan harapan mama dan ayah semoga BB menjadi anak yg soleha...diberi kesihatan yg sempurna, dimuliakan dengan cahaya kefahaman, dibukakan pintu ilmu, dihiasi dengan akhlak yg baik dan lemah lembut , diterangkan hati nya dengan cahaya pertunjuk dan hidayah serta dilimpahi rahmat dan keberkatan...InsyAllah amin ....kami semua ♥♥♥ kamu ......
Sebenarnya lama dah gatal nak hias kek barbie doll ni (doll dia dah lama beli) tapi la ni baru nak test. Takde pengalaman nak deco barbie doll kek, jadi saya cuma study dari internet dan tanya dari kekawan yg pernah buat....nak ceritakan banyak pun aida tak berapa tahu ....heheh
Aida gunakan tepung kek yg dikirimkan oleh liliwati utk wat kek coklat untuk princess Barbie separuh badan yang telah lama aida beli di kedai bakery...Untuk buat Barbie Doll ni aida buat aida masukan dlm 3 loyang / bekas utk di jadikan 3 tingkat kek tepung coklat dan sapukan stowbery filling dan Butter cream untuk melekatkan kek antara satu sama lain.
Kemudian aida bentukkan kek seperti bentuk kain princess. Selepas diratakan sapukan buttercream pada keseluruhan kek , deko dan simpan kek semalaman dalam peti ais supaya buttercream tu mengeras.
kejap2 bertapa ia dlm i/box pi racing2 ambil anak balik dan pergi sekolah...kesempatan bagi BC mengeras...
Bahan-bahan:
- 1 barbie doll tanpa kaki (kalau ada kaki, bahagian tengah kek
mesti dilubangkan sebelum disapu cream. Balut dulu kaki hingga pinggang
doll dengan plastik wrap)
- 1 biji kek 6" bulat biasa
- 1 biji kek 6" bulat dengan
atasnya berbentuk 'dome' (saya guna mangkuk yang mamak selalu letak kuah kari/dhal.
Tak ada pun takpe, guna loyang biasa nanti boleh ditrim sikit bila dah
disusun kek-keknya)
- 1 biji cupcake - optional kalau
kek rendah
- secukupnya buttercream /
fresh cream - aida guna buttercream lebih senang nak picit dan bentukkan ...klu f/cream cepat cair...
- alat hiasan (nozel, piping bag, pewarna, etc)
- pisau tajam atau serated knife
(pisau bergerigi)
- kertas plastik yang agak keras
(saya guna beg
plastik yang orang biasa buat berniaga letak keropok tu)
- rotating cake stand (untuk memudahkan kerja)
Ini loyang yg aida guna utk dptkan bentukan kek princess barbie .
Cara-cara:
1. Stack your cakes
accordingly (bawah base kek, tengah kek bentuk 'dome', atas sebiji cupcake yang
ditrim sikit supaya bentuk sikit runcing).
2. Guna pisau yang
tajam/bergerigi untuk membentuk skirt barbie doll yang agak 'smooth'.
3. Lapiskan antara
setiap lapisan kek-kek dengan buttercream .
** utk cream aida guna BC saja ..
krim well -500 g
lemak sayuran / shortening- 250g
gula aising - 250 di ayak
butter - 50 g
perwarna
- Semua bahan di atas di satukan dlm mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kental dan sebati..anggaran masa memkul 5-7 minit hingga kental.
- Boleh tambahkan perwarna jika inginkan BC yg berwarna.
4. Simpan kek yang
siap dilapis tersebut dalam peti sejuk paling kurang sejam (untuk buttercream)
Kek-kek yang dilapisi ganache dan white
chocolate cream
5. Keluarkan kek bila
lapisan cream agak keras. Sapukan buttercream disekeliling kek
tersebut dengan lembut (without any pressure). Ini untuk crumb coating, jadi
bila hias serbuk-serbuk kek tak melekat/berderai nanti. Piping pun lebih mudah
sebab terus melekat ke crumb coating. Mana-mana bahagian yang tak rata atau
berlubang boleh ditutup dengan buttercream .
6. Ambil sekeping plastik (saya
guna beg plastik makanan),
pegang dua hujung plastik tersebut dengan kedua-dua tangan anda. Bermula dari
bawah, pastikan hujung plastik tersebut kena/touch pada bahagian dasar kek.
Perlahan-lahan tarikkan plastik tersebut hingga ke atas kek buttercream yang berlebihan pada plastik tersebut bolehlah diketepikan.
7. Ulang teknik tersebut untuk sekeliling kek hingga anda mendapat lapisan
crumb coating yang agak smooth.
8. Simpan kek di dalam
peti sejuk untuk beberapa jam supaya creamnya agak keras.
9. Ambil sebahagian buttercream dan warnakan ikut warna yang anda kehendaki. Saya guna
pewarna cecair biasa,jenama Starbrand. Ada
pernah baca lagi elok guna pewarna gel sebab takut cream jadi cair sangat.
Kalau guna yang pewarna cecair biasa jangan terlalu banyak sangatlah. Dah gaul
rata pewarna dengan buttercream, dan mulalah mendeko ikut kritiviti masing2....
10. Ambil stick doll
dan cucuk pada bahagian tengah kek yang dah disejukkan tadi. Ambil buttercream yang diwarnakan dan masukkan dalam piping bag dengan nozel
yang anda suka (saya guna nozel star sederhana).
11. Mulakan pipe buttercream dari bawah kek ke atas (atau dari atas ke bawah). Saya pipe
bentuk star dan renda2 saya gunalan nozel wat bunga @ bentuk apa disukai.
NB: Setiap kali dah siap satu warna/design,
masukkan kek dalam peti sejuk sebentar kalau rasa fresh cream mula mencair
(tangan kita keluarkan haba, jadi lagi banyak dan lama detail pada baju doll
lagi cepat creamnya cair). Satu lagi pegang piping bag pada hujung atas bag
tersebut, bukan ditengah-tengah atau dekat dengan nozel. Nanti lebih mudah kita
nak pipe dan cream pun tak cepat sangat cair.
12. Dah siap menghias
kek, simpan dalam peti sejuk semalaman biar semua creamnya lebih keras.
Cupcake dan Black Forest Cake purple yg di bawa ke Tadika JAIM....
Sungguh comel dan ceria sungguh anak2 ini...
sejuk hati memandang nya.....
di samping abg2 dan mama sayang kamu....
Bungkusan ini juga utk anak2 Tadika JAIM...