Hari ini Aida wat lagi Tiramisu request dari my hubby dan nak bawa balik kg bagi ayah dan bonda ku serta anak2 sedara merasa
sedapppp wowoo...mamam sejuk2...
Mula2 Aida buat kek span coklat dulu, ehe wah konon2 dah tahu wat sendiri hahah...kita cuba2 je.....
dulu pernah wat tp guna kek span yg kedai punya kali ni nak cuba operasi sendiri ..Haslinya memang sedappp tida menghampakan....
"Sentuhan Rasa kasih Mama ni....dari air tangan mama le katakan ...heheh
Kali ini Aida cuba wat kek span sendiri....dulu pernah percubaan 1st wat Tiramisu gunakan kek span yg di beli..je...masa tu baru nak
mencuba operasi Tiramisu....
KEK SPAN COKLAT
Bahan-bahan:
- 5 biji telur gred B
- 170gm gula kaster
- 1 camt ovalette
- 100gm tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 40gm serbuk koko-
- 70gm minyak jagung atau minyak masak atau butter yg di cairkan.
Cara membuatnya:
1)Dalam satu adunan, telur, gula dan ovalette di putar hingga kembang dan bertanduk jadi seperti
dlm gambar tu... putar menggunakan kelajuan maksimum.. mesti kembang, pekat dan berwarna
putih seperti ini, bila di angkat adunan tak jatuh ke bawah..
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan. Putar rata
guna speed perlahan.
3. Kemudian masuk minyak dan putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati.
4. sapu loyang dgn butter sedikit . Tuang adunan dalam loyang berukuran 8"
5. Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit api atas bawah...cucuk dgn lidi / pisau
keluar bersih kira dah masak le tu...
6. Bila kek yang dah masak je, terus hentak loyang tu, hentak perlahan je.. pas tu terus telungkupkan kek
atas radai ,guis dgn pisau tepi2nya dan keluarkan kek dari loyang.. kalau biar dlm loyang nanti
keknya kecut mecut... sejukkan sepenuhnya atas redai
TRIAMISU SIMPLE
1 biji sponge kek
250 ml whiping krim
200 ml krim cheese
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas (bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko/ milo utk hiasan- Aida tapiskan nipis milo
1. Bancuh nescafe dengan 1 cwn air panas.
2. Satukan gula, cheese dan krim. Pukul hingga kembang dan gebu.
3. Potong kek 3 bahgian. Susun satu bahgian dalam bekas.
4. Tuang 1/3 bahgian bancuhan nescafe atas kek.
5. Sapu 1/3 bahgian adunan krim cheese atas kek.
6. Susun lagi kek sebahgiannya.
7. Ulang sampai habis dan tutup dengan cling film.
8. Simpan dalam peti sejuk.
9. Hias dengan serbuk koko (aku tambah sendiri coklat rice)
p/s Atau pun klu nak cantik dan ada bekas2 kecil macam Aida ni..cuma potong kecil2 kek span.... prosesnya sama proes yg lain sama saja seperti kita wat sebiji kek ...ikut langkah 4.hingga 9 .... baru eksen
sikit dan kelihatan sungguh GAH gitu..dgn bentuk2 bekas yg pelbagai ..che wahhhh...