Assalamulaikum dan salam AidilAdha wat semua pengunjung2 SRKM semua..apa kabar?...banyak dpt daging korban? dah masak ke belum?....aida dpt banyak juga ..Alhamdulillah tahun ni dpt dekat 5 kg..dan ada sebungkus tulang lembu....banyak idea nak operasi ni..tp tak boleh wat hari2...selang 3 ,4 ari nanti boleh operasi ....nak kawal juga klosterol dlm badan dah betambah2 ni dlm badan..heheh konon2nya dah tersenarai dlm perancang daging korban akan di wat steak, masak hitam manis , sup , kicap dan lain..ehenee banyaknya nak operasi....maklum le daging korban banyak kan dlm stock...nanti kita layan jeee....:)
~~Daging Korban Masak merah ~~
Bahan-bahan:
1 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus hingga empuk4 sudu besar cili kering kisar
Bahan tumisan:
rempah 3 beradik ( kayu manis, bunga lawang , buah pelaga )
1 inci halia- tumbuk
4 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci lengkuas - titik
3 biji bawang putih - diketuk
2 batang serai - dititik
minyak utk menumis
Bahan tambahan :
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat2 biji lada merah di potong serong .
Daun limau purut - dikoyakkanGaram dan gula secukup rasa
Ajinomoto jika suka
Cara membuatnya:
-Daging di potong nipis .
-Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumisan hingga naik bau.
-Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
-Masukkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air diikuti dengan daun limau -purut dan Kacau rata.
Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto Kacau sebentar, kemudian masukkan daging yang telah di hiris tadi bersama , bawang besar, dan lada merah . Setelah kuah nampak pekat, rasa secukupnya dah ok boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.