Hari Raya akan menjelang tiba..Ramai org sibuk nak menyambutnya... tak meriah klu atas meja tak ada kuih raya...JOM Mama2 kita cuba operasinya Homemade kek Lapis Asam Manis seadanya ... Alhamdulillah sempurna kejadiaanya....berkat kesabaran bersauna depan oven lebih kurang 3 jam...syukurann...
ALHAMDULILLAH....Kek Lapis Asam Manis utk reenNoreen Norazreen Tum telah ready cling Wrap...standby for delivery....maaf reen dah malam baru dpt ditayangkan...seharian hari ini sibuk dgn majlis rumah terbuka di Taman, esok pun ada satu rumah terbuka sempena Aidilfitri ni perlu dihadiri.....10q atas ordernya... — di My Sweet Home.......rumah Ku Syurga Ku....
Kek Lapis Asam Manis
sumbe resepi dari : DayangJack@DapurKuSayang
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9"
- 10 biji telur A
- 200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
- 100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
- 450 g mentega berkualiti
- 1 sudu besar ovallete
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 150 g gula kastor
- 300 g susu pekat manis
- 50g holick - Aida tambah
- 50g Jem Stoberry - Aida Tambah
- haw slice/ hawflake secukupnya
- pewarna kuning, pink dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
- cara-cara :
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
- Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
- Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
- Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati. masukan juga holick dan jam..kacau sebati..
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, pink dan kuning.
- Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
- Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (Lapisan terakhir setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 20 minit lagi dgn api atas dan bawah supaya kek masak sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.
Alhamdulillah sebuku kek Lapis Asam Manis dari Dapur "Sentuhan Rasakasih Mama Aida " dah siap setelah 4 jam keluar masuk bersauna dlm oven ..tunggu sejuk sekejap nanti kita bedah ..nak intai2 bagaimana dalam nya menawan ke tak
Beroperasi sebuku lagi kek lapis Asam Manis Haw Flakes .... ..sedang bersaunan dlm oven comel ku... — di My Sweet Home / Rumahku Syurgaku..