Assalamulaikum pada semua....Selamat Hari lahir Abang Angah M.Syafiq Hafizuddin Syafiq Hazard dan selamat Hari Bapa diucapkan utk my Love hubby En. Shamsul Nizam Md Salim...harapan dari mama semoga angah menjadi anak yg soleh , diberkati dan dirahmati selalu...dan hidup dibertakti didunia dan diakhirat..serta berbahagia hingga ke mahliga syurga hendaknya....SAYANG ku hingga hujung Nyawa.....♥♥ 10q atas segala2nya....muahhhhh — di My Sweet Home / Rumahku Syurgaku..
Hari ini aida cuba beroperasi kek yang tertunda experimentnya ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE kerana menanti abg ngah balik dari asrama ... utk kek padang bola sempena Hari lahir anak aida yg ke-2 Abg Ngah Syafiq...telah selamat dilahirkan pada 17/6/2000 .kina telah genap usianya 13 thn....dan juga sempena meraikan bersama2 hari bapa utk my love hubby En.Shamsul Nizam...Sumber resepi dari kak Azlita Aziz.....10q kak kek yg sungguh sedap dan kami sefamily memang mengemari kek yg berasaskan bahan2 coklat.memang lajuuuu......
Rupa sebenar ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE pic ni Aida pinjam sebentar dari pic Blog kepunyaan kak Azlita....Cantik dan sungguh menawan kan keknya...Jom kita risik2 resepinya dan Jom operasi ..Jom layannnnnn....nikmatttiiii.....:)
ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE: Azlita Azizi
Kek Coklat Mouse
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih
lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Bahan D
250 ml air panas
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih
moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi
sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat
persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas
minyak
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah
dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2
bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna,
cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah
di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan
Chocolate Mousse ( lapisan diantara layer kek)
3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar
Cairkan gelatin, kaedah untuk cairkan gelatin
Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan
(double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil
sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul
rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata,
ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga
kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup
balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup
balik sempurna
Ganache
Coklat Krim **-part ni aida tak wat..tp aida gantikan dgn Butter cream dan FC utk melepa wat rumput dipadnag bola
125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega
Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih
kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih
dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim
Kaedah penyediaan
Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air
nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di
cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse
coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4
jam
Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim - **part ni aida tak wat..tp aida gantikan dgn Butter cream dan FC utk melepa dan wat rumput dipadang bola tu......
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan
jika suka
Deko le ikut
kreativiti masing2..Aida main picit je ni...dah tema padang bola colour pun hijo semua senang kejaaaa.....set padang bola tu aida beli lah di kedai bakery ada di jual....atur dan letak je patung2 tu...boleh di lihat,,,,tapi tak boleh di makannnnnn....hahaha patung2 plastikkk jeeeeeee.....
SeLaMaT hArI LaHiR,mOgA pAnJaNg UmUr DaN MuRaH ReZeKi,SuKsEs SeLaLu(^_^). Abang Angah M.Syafiq Hafizuddin Syafiq Hazard dan selamat Hari Bapa diucapkan utk my Love hubby En. Shamsul Nizam Md Salim...harapan dari mama semoga angah menjadi anak yg soleh , diberkati dan dirahmati selalu...dan hidup dibertakti didunia dan diakhirat..serta berbahagia hingga ke mahliga syurga hendaknya....SAYANG ku hingga hujung Nyawa.....♥♥ 10q atas segala2nya....muahhhhh
Akhirnya sambutlah salam sayang juga dari Aida di "Sentuhan Rasa Kasih Mama" wa semua ....dahhh hingga jumpa lg di entri yg lain...muahhhhhhh <3 :)