kek Russian Black n White...berexperiment sempena bithday abg uda ShahDianal yang ke 10 tahun...18/3/2013...permata aida yg ke-3 ..Semoga abg uda menjadi anak yang soleh di dunia dan diakhirat serta berjaya dlm pelajaran hendaknya..aminnnn...
MOIST
CAKE WIF CHEESE+CHOC MOUSE FILLING (kek ala2 russian black and white cake)
Sumber inperasi daripada suhaida mohaini http://suhaidamohaini.blogspot.com/2012/04/moist-cake-wif-cheesechoc-mouse-filling.html.....terima
kasih sue.....muahhhh :)
Watnya senang je..boleh guna mana2 resepi kek coklat.....sama ada versi kukus @ pun versi yg dibakar....sungguh moist, penuh berkrim dan pastinya sungguh nyummmmm2......
Jom kita semak resepinya..Jom cuba berexperiment dan Jom nikmatinya......wallah Alhamdullillah.....
Watnya senang je..boleh guna mana2 resepi kek coklat.....sama ada versi kukus @ pun versi yg dibakar....sungguh moist, penuh berkrim dan pastinya sungguh nyummmmm2......
Jom kita semak resepinya..Jom cuba berexperiment dan Jom nikmatinya......wallah Alhamdullillah.....
1 cwn gula pasir (3/4 cwn)
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (3/4 cwn)
1 cwn minyak masak
Kesemua bahan -bahan di atas di satukan. Masukkan dalam
periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan
api dan rehatkan.
Bahan B
Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
Kesemua bahan diatas disatukan, kemudian di ayak
Bahan C
4 biji telur ~ diblender
Cara2 :
**Panaskan kukusan (saya bakar je )
Sediakan loyang 8 inc, sapukan butter dan alas dasar loyang
dengan baking paper ~ ketepikan
klu guna keadah kukus ,Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu.
Masukkan bahan B dan bahan C kedalam bahan A, secara
berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C,
B .Kacau sebati, guna spatula aje.
Tuangkan adunan dalam loyang .Tutup loyang dengan
aluminium foil
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan
sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15
minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada
4 kepingan.
CHOCOLATE GANACHE
Bahan2 :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air
Cara2 :
Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air. Biarkan ia
kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~
ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat
& sedikit garam, kacau rata.
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi. Kacau rata
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam
peti ais hingga ia mengeras sedikit.
Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak
gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat
setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas
cream cheese mengeras.
Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam
kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal
dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan2 :
125gm Philadelphia cream cheese - aida guna tatura
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
Cara2 :
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje,
tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais
hingga ia sedikit mengeras.
STEP BY STEP utk melapis kek ....
-Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar.
Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
-Letakkan sekeping kek atas lapik kek
-Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan
ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di
sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga
habis secara berselang seli macam dalam gambar.
-Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais
sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang
kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen
ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis.
Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.
-Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke
tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.
-Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan
salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais
sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.
-Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan
ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi
ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.
-Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses
meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang
ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.
-Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh
turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu
sendeng-sendengkan loyang sahaja .
-Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache
mengeras.
-Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.