Isnin, 22 Oktober 2012

Salmon Steak Dengan sos Putih...1st menikmatinya..wallah....


Salmon Steak Dengan Sos Putih


Alhamdulillah dah selamat berbuka puasa sunat Isnin utk hari ini dgn berlaukkan Salmon Steak Dengan soso Putih.......1st operasi  grilled salmon dengan white sos  … puas juga ku telek2 resepinya di Mak "google " dan di blog kekawan   ...Sebenarnya first time makan grilled salmon ni!! Memang sedap dan lemak…. sebenarnya hasrat membeli ikan salmon ni pun setelah diberitahu oleh seorang perempuan cina di TESCO ari tu pegang2 juga  ikan ni...katannya sungguh elok makan ikan ni.. ..dia  ambil 2 ketul bahagian kepala ....sedap yoo katanya ... org dah biasa makan le tu nampak gaya nya....aida pun nak cuba juga ...belek2  ambil 2 keping jee bahagian badan ...
Bila dah beli tak tahu lak nak masak apa tu ...heheh . cuba tanya2 kekawan dah jumpa  ...nampak resepi dan bahan2nya pun mudah aje...sumber ilham rasa dari sue suhaida mohaini dan dari  blog Potert Kasih 10q Aida ucapkan.......
Maka jam 6.30  operasi pun bermula hehehe...apa  kata  jom kita sama2 tengok resepinya, lepas tu operasi dan jom layannnnnn   ...
Resepi Grilled Salmon Dengan Sos Putih
Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
sayur-sayuran ikut suka ( contohnya karot, brokoli, jagung, asparagus dsb – di celur atau di grilled dgn sedikit garam dan lada sulah,  sedikit lemon)
Bahan-bahan untuk sos ( White Sause )
2 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)- saya gantikan dgn  origano
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
Cara penyediaan
1. Sediakan sos putih: Panaskan mentega dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata.
3. Masukkan susu segar, herba, garam dan lada hitam.
4.Kacau dan masak hingga mendidih. Matikan api dan diketepikan.
5. Ikan diperap  bersama garam dan lada hitam.
6. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
7. Hidangkan bersama sayur-sayuran, hirisan lemon dan white sos.

sos Putih 


Anak2 pun suka siap bubuh sos putih gaul makan dgn nasi....Sekali sekala makan lauk cara org putih apa salahnyakan.... Layannn Jeeee....

2 ulasan:

  1. fiza pernah mkn salmon n white sos kat manhattan fish...mmg sedap sgt...pasni leh try wat sendiri...nampak senang ja...tp x tau la bila nak leh wat operasi plak....=)

    BalasPadam
  2. saya pun 1st operasi ni Hafizah..tp anak2 suka and layan ...klu beli ikan salmon dia org suruh operasi lagi...A'hah ....

    BalasPadam