Ahad, 21 Oktober 2012

MEE HOON SINGAPURE @ mee hoon putih laaa...

Assalamulaikum...Ini sebenarnya sarapan pagi semalam..tp ari ni baru dpt masuk en3nya..Menu simple je ,sebelum keluar pi rewang rumah jiran wat kenduri semalam .... pepagi dah beroperasi goreng Tempura Chicken Nuggets dan Mee Hoon Putih ( singapura) di dapur wat sarapan anak2 .... tidak ketinggalan siap sekali dgn lada jeruk....anak2 layan jeeeee..... 




Mee Hoon Goreng Putih/Lada Sulah / singapura.

Bahan2nya:)
  • 400 gm meehoon (direndam sebentar)
  • sedikit dada ayam di dadu.
  • 10 ekor/lebih udang../tak letak.. tak da stok
  • 1 btg carot dipotong memajang(3cm)
  • 2 pokok  sawi
  • secawan kobis.
  • 4 ulas bawang kecil*
  • 2-3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • sedikit garam, serbuk lada putih
  • daun bwg / hirisan lada merah/bawang goreng untuk hiasan
  • 1 bungkus kiub ayam.
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 cwn air

** Hiasan : daun sup , bawang goreng , hirisan timun ,limau kasturi dan jgn ketinggalan lada jeruk.


sempat juga gorengkan anak2 Tempura Chicken Nuggets



Cara-cara


  1. Kisar bahan bertanda* dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging, gaul rata, masukkan 1 cwn air, biarkan hingga daging lembut.masukan kiub ayam.
  3. Masukkan udang dan gaul rata biarkan 2-3 min kemudian masukkan garam dan lada putih.masukan air biarka mendidih .
  4. Masukkan carot dan meehoon, gaul rata, sehingga meehoon masak kemudian masukkan sawi,kobis  biarkan 2-3 minit.
  5. Rasa secukup rasa dan hidangkan ....Semasa menghidang taburkan daun bwg/bwg goreng/hirisan lada merah, limau kasturi dan lebih enak adanya lada jeruk..wallah..sedappppp....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan