Sekali sekala klu layan soto memang wallah...slurpppp...slurppppp memang tak ingat dah makan, pasti nak ulang lagi makan....sungguh yummyy...:) jom layan soto sebentar....
pek Serbuk Rempah Soto yg selalu aida guna ..istimewa nya ianya sungguh sedappp.....
BAHAN KUAH SOTO :-)
1/2kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya
1 bungkus rempah soto istimewa - ini yg selalu aida gunakan klu nak wat soto...
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, rebus didadu
Begedel ayam + kentang
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap/ sambal kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa..
UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm...perahhhhhh salam sayang dari Aida di SRKM...:))
UNTUK WAT BEGEDIL AYAM:-
5 biji kentang - potong2
2 kelar dada ayam - potong2
sepokok daun sup
segenggam bawang goreng
1/2 sudu lada sulah -tumbuk
garam secukupnya
1 biji telur
minyakutk mengoreng
caranya :-
- kentang dan ayam di goreng , sekejap dah kuning diangkat dan toskan.
- masukkan dlm satu bekas / periuk tumbuk bersama kentang , ayam , daun sup, garam , bawang goreng dan lada sulah hingga lumat . rasa sesedapnya dan bentukkan bulat2 leper....
- kocok telur dan bubuh sikit garam.....sebelum goreng begedil yg telah di bentukan tadi celup dlm telur dan goreng hingga kekuningan dan angkat ,...toskan...dan sedia utk di nikmat bersama soto .....
saya ada jual rempah soto yang wana putih tu..nk x...
BalasPadamSaya pengedar rempah soto ni di sekitar KL/Lembah Kelang. Boleh lawat odzyenterprise.blogspot.com untuk melihat senarai kedai.
BalasPadamAda juga rempah mee rebus dan mee bandung di bawah label yang sama.
Memang sedap, mudah dan cepat. Perlu cuba...