Khamis, 23 Jun 2011

~~Nasi Minyak ~~



salam sayang dan Jutaan terim akasih dari Aida di sini pada kekawan semua yg telah mengirimkan ucapan ,mesej dan doa serta harapan sempena Ulang Tahun kelahiran Adia yg ke 37 thn pada 9/2/2011 semua itu sangat2 aida hargai tqvm.....<3 :)) Disebabkan b/day aida jatuh pada hari bekerja ..My Hubby terpaksa tangguhkan dulu nak belanja makan di luar..Aida akan tetap cuba menghidangkan menu yg istimewa sekali wat Menu hidangan t/hari aida wat seisi family utk hari ini 9/2/11...Nasi Minya dengan Lauk Ayam Masak Merah...Jom layannnnnnn :))


Bahan-bahan ( 4 orang )
2 cawan beras basmati
2 cawan air
1/2 cawan susu
1 helai daun pandan
sedikit garam
## Bahan tumis ##
2 sudu mentega / butter
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris
## Hiasan ##
Bawang goreng
Cara-cara Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
Panaskan mentega/ butter. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan susu, air, daun pandan dan sedikit garam
Masaklah nasi macam biasa.
Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng dan daun sup.

**Lauk istimewa untuk Nasi Minyak ni aida sajikan dengan Ayam Masak Merah kegemaran anak2 dan arcah timun wat pelengkap hidangan...Alhamdulillah ....salam sayang dari Aida di SRKM.....:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan