Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Rabu, 22 Jun 2011
~~Mee Hailam~~
Malam2 bergini macam tak nak makan nasi le..sedap jugakan klu dapat makan mee hailam....perahhhhh ..slurppp2 sambil makan add dengan cili jeruk perahhhhhhh .. sedappp dan yummiiii..
~~Mee Hailam~~
Bahan-bahan ( 6 orang )
500 g mee kuning - celur sekejap dan toskan.
300 g udang sederhana besar
1 keping dada ayam
1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
6 keping cendawan tiram, siat2 kan
3 ketul bunga kobis , dikerat-kerat
1/2 batang carot - potong2 nipis
4 batang jagung muda- hiris
sepokok sawi. potong
2 keping fishcake -hiris serong
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng utk hiasan
3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*
1 camca teh kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
2. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. masukan air sos* dan kicap , Biar hingga mendidih.
4. Masukkan bunga kobis daun, carrot, jagung muda, cendawan, fishcake dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata... Perasakan garam dan gula secukupnya. klu dah ok .boleh curah kuah atas mee kuning dan Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili jeruk.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan