Jumaat, 23 November 2012

Japannese cotton blueberry cheese cake .. semoga berbahagia hendaknya.... Aminnn....

Alhamdulillah "Sentuhan Rasa Kasih Mama" Japannese cotton blueberry cheese cake " telah siap dioperasi sempena : ♥ ♥ :)

a) Hari U/ tahun perkahwinan kami yg ke 16 thn - 23/11/2012 
b) Sempena Hari lahir putera sulung kami Amirul Hisham

 yg ke 15 thn- 25/11/2012
c) Serta meraikan kejayaan putera ke dua kami Syafiq HR dlm UPSR yg lalu...

Dipohon doa restu semoga kami sefamily akan dipayungi kebahagiaan , murah rezeki ,di limpahi kerahmatan dan diberkati selalu hendaknya menikmati kebahagiaan di dunia dan di akhirat lebih2 lagi hendaknya...Aminn...



Alhamdulillah Hari ini merupakan u/tahun perkahwinanku dan hubby yg ke 16 thn...bernikah pd 23/11/96...dan dikurniakan anak yg sulung putera 25/11/1997...sekarang dah memiliki 3 putera dan seorang puteri ...mudah2an memiliki anak2 yg soleh 
dan soleha.....semoga terbina sebuah keluarga yg bahagia hendaknya....di dunia dan diakhirat....hingga ke mahliga syurga ..... ..aminnnn 
Hari ini semua berpuasa sunat 9 muharram..mudah2an mendapat keberkatan dan kerahmatan juga....InsyAllah...:


~~Japannese cotton blueberry cheese cake ~~
Bahan  (A)
250 cream cheese - Aida guna tatura  je...
50g butter
,100ml susu segar

Bahan B
60g tpg gandum *
20 tpg jagung*
1/4 sdt garam halus*
semua bhn bertanda* diayak dulu).

Bahan C
6biji kuning telur
1sdbsr jus lemon...

Bahan D
6biji putih telur
145g gula kastor
1sdt jus lemon

Caranya,
-Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

-Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

- Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye  tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.


- bakar suhu 180 selama 20mnt dn suhu 140 selama 1jam secara steam bath sehingga masak test guna lidi dah masak off suis oven , renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap @ turun mendadak .sisip tepi kek dan terbalikkan , hiaskan dengan filling kesukaan , sedap dimakan sejuk........
sejukkn sblm dipotong




Standby Nasi Tomato dan Ayam masak merah...penambah selera dgn acar timun...hidangan berbuka posa Aida sefamily utk ari ini ...di ucapkan selamat berbuka puasa wat semua kekawan yg berpuasa sunat hari ini...semoga kita semua diberkati...:)

Terima kasih aida ucapkan kepada kekawan yg telah mendoakan  utk aida sefamilys   akhir penutup bicara  sambutlah Salam sayang dari Aida di sini ....sampai jumpa lagi....

Selasa, 13 November 2012

Grilled Chicken Chop....Coleslaw dan Sos Black Pepper....perahhhh meblessss seyyyy....



 Homemeda Grilled Chicken Chop...dengan sos black paper . coleslaw alah2 kfc dan kentang putar...memang meblessss.....:) " anak2 suka ..mamanya lebih gembira":D


Alhamdulillah telah selamat dinikmati hidangan t/ari ni dgn homemeda Grilled Chicken Chop... wallah sedappp bangettt hingga menjilat jari..... utk kamis sefamily.... layannnnn abissss  .....:)


Resepi Grilled Chicken Chop
Dada ayam dan peha ayam dibersihkan dan di bunag tulangnya
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock) - aida guna kiub pati ayam  jee..
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.



Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram - secukupnya 
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili - secukupnya 
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
sedikit gula - jika suka 
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!


Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)
6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.putar dan gaul bagi rata..
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata masuk kan dlm pipping bag dan picit memutar......jadi ke kentang putarrr...hahaha :)
bolehlah di hidangkan....
atau pun scoup dgn scoup ais cream...dan tuang sikit  sos black paper ...







COLESLAW

Tak ingat dah dapat resepi ni dari mana (maaf ye tuan punya resepi). Hasil coleslawnye mmg sebiiik macam kfc punye. Thumbs up to him sbb berjaya alter itu ini sampai menjadi coleslawnya mcm kfc.



Bahan-Bahan;-
Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil. kuantiti ikut suka)
sudu Mayonis - secukupnya 
sudu Fresh milk - secukupnya 
Sedikit gula garam - secukupnya
1 sudu kecil cuka - Aida gantikan dgn  jus limau kasturi  
Bekas ( plastic contauner / tupperware yg bertutup.

Cara Membuatnya

  • Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  • Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  • Masukkan mayonnis, susu Kuantiti mayonis dan fresh milk depends on berapa banyak veggie yg kita letak. Kalau terlebih akan jadi cair, kalau kurang tak cukup pulak jadinya. So, kesimpulannya agak-agak hehe.. add gula dan garam  ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. 
  • Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  • Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  • Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 3 jam @ lebih . Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
  • Setelah itu sedia di hidangkan ...

 Nota Tambahan
Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
Resepi saya kat atas tu sbagai panduan saja , boleh adjust rasa ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!



Sabtu, 10 November 2012

Daging Stik Panggang ....operasi daging korban lagi...

Assalamulaikum ...Hari Aida berexperiment dgn Daging korban Stik bersama kentang Putar utk hidangan t/ari tadi kami sefamilys.....anak2 pun dah mula bercuti..jd lebih seronok makan beramai2..."mcam makan kat restoran lah mama "...Alhamdulillah sedappppp ... sampai jilat jari ..anak2 suka bangettt .... Alhamdulillah dpt juga operasi sendiri di rumah dgn sumber inperasi dari "Mak Google" dan tinjau di beberapa blog , beroperasi sendiir di rumah dapat juga save baget makan pun puas ...klu makan di kedai cuba congak 6 kepala punya pinggan..:)..klu sepinggan mahu rm9..? wallah boleh kaya restoran stik panggang..hahaha .
Jom kita tgk olahan resepinya dan aida cuba adaptasikannya di hujung jari di SRKM ...Jom  kita cuba operasi sendiri dan nikmati seisi familys..pasti layannnn....





Daging Stik Panggang .

Resepi Grilled Steak / goreng .

12 keping daging Steak - saya  ketuk2 / tumbuk bagi urat2nya putus supaya kurang liat . ( sbb family saya ada 6 org seorang 2 keping)....
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )
* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar. tp Aida goreng dgn sedikit minyak .
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

** sayur2 ikut citrasa . Panaskan air , letak sedikit garam di rebus seketika , toskan dan hidangkan bersama2 daging stik dan sos lada hitam . 



Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum - bancuh dgn sedikit air 
2 cawan air 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
 sos chili - secukup rasa 
 sos lada hitam  secukup rasa - klu tak ada bubuh je 1sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit gula - jika suka .
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. Aida tak ada stok jd tak letak, klu ada masukan pasti lebih sedapppp.....



Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.putar dan gaul bagi rata..
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata masuk kan dlm pipping bag dan picit memutar......jadi ke kentang putarrr...hahaha :)
bolehlah di hidangkan....






Akhirnya sambutlah salam sayang dari Aida di SRKM dan  ceria2 selalu sambil menyediakan hidang utk family tersayangg..sampai jumpa lagi muahhh....:) 
Selamat mencuba!!!

Khamis, 8 November 2012

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Assalamulaikum wat semua .Aida hari ini cuba operasi daging salai  masak lemak cili padi ikut cara jiran aida Orang Negeri Sembilan masak memang tak bubuh bawang.  Hanya tumbuk lumat2 cili api dengan kunyit hidup, pastu campur santan pekat dan didihkan. Campak sebatang dua serai dan sehelai dua daun kunyit. Apabila dah mendidih, baru masukkan daging salai yang dihiris nipis . klu ada belimbing ke mangga muda pun sodah ..bubuh sekali dlm daging salai tu.....


sebenarnya Aida tak berapa pandai masak lomak2 ni ....tp .ni pun hubby yg request ..layan kan le jugakk cuba operasi heheh .. sefamily layannnn jeee...Daging salai ni aida beli je  yg dah siap disalai.... potongkan nipis2 dan rebus sekejap...


Daging Salai Masak Lemak Cili Padi~~

Bahan-bahanye
400gram daging yang siap disalai dan dihiris nipis - klu rasa daging  liat rebus sekejap.

2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor - klu kurang masam
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk

daun kunyit
sedikit garam
belimbing buluh  / mangga muda 

2 biji kentang dipotong yang dipotong berbentuk baji ( x nak letak pun takpe)

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.klu ada belimbing  masukan sekali .
3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, 


Selasa, 6 November 2012

~kek sarang semut @ gula hangus...xyah perap dioperasi lagi...



Hari ni operasi lagi..pepagi dah operasi terasa benar nak makan..makan sekeping dua ..hilang mengencesss..... kek Sarang Semut Aida dah menjadi nampaknya....Jom kita layan lorong2 gelap tu...wat minum ptg nanti...layannnnn.....
Syukur kali ni nampaknya lebih menyerlah dan cantikk lorong2 semut tu...bila dah di potong hati terus girang berbunga2..., wah cantikkknya kejadiannya....ALHAMDULILLAH.....:)



kek sarang semut @ gula hangus
bahan2nya :


1 cwn gula (xske manis blh kurangkan)
1 cwn air panas
2 sudu mkn butter/ majerin

-gula dimasak atas api perlahan hingga keperangan...

pastu masukkan air panas perlahan2...tutup api...
masukkan butter...sejukkan...

bahan kek:

1 cwn tepung gandum
1 cwn susu pekat (xsuke manis blh kurangkan)
4 bj telor
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

cara:

1) ayak tepung dan soda bikarbonat bersama...
2) pukul telor hingga kembang...
3) masukkan pula susu pekat...pukul lg hingga kembang dan masukkan vanilla...
4) masukkan bahan ayak td...pukul lg...
5) masukkan gula hangus td...kalau berketul, tapis dunan...kacau sebati.
6) lenser loyang ngan majerin dan tuang adunan...
8) bakar 40 minit suhu 160c...api bawah je...
9) dah msk tutup suiz dan biarkan di dlm oven selama 10 minit agar ia msk ngan haba sahaja...
10) kuarkan kek dan restkan 10 minit , baru potong...




Jom operasi ..Jom layannnn dan Jom nikmatinya ..nyot2 je rasanya.....salam sayang dari Aida di SRKM ..hingga jumpa lagi...dahhhh nak nikmati KSS wat minum ptg......



Isnin, 5 November 2012

~~Ikan Siakap Stim / kukus yg simple and sampoi tp sedapppp ..

Alhamdulillah dah selamat Aida sefamily menikmati hidangan t/ari dgn "ikan Siakap Stim Limau Harum " perahhhhh memang sedapppppp 10q Zue Zunaidah dan Azanie Zulaikha atas sumber inperasinya....memang Terbaik ~ .....tak payah2 lauk2 lain ni pun dah cukuppp...memang layannnnn....:)



Ditambah dgn keharuman bunga kantan dan sos tiram..perahhh hirup kuah pun soadppppp !!
Bahan2 ada yg aida pandai2 tambah sendiri.."kita yg wat dia"....JANJI SEDAPPPP dan kena pada tekak kita...hahaha 






~~ikan siakap stim / kukus yg simple and sampoi tp sedapppp ..~~~
bahan2 main agak2 je dan bubuh je..heheh 
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)

1/2 labu bawang besar - saya tambah (optional)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya) - saya gantikan dgn limau kasuri .
5 biji cili padi (diketuk) – nak pedas tambah lagi 
1/2 corret -di potong panjang 

1 kuntum bunga kantan - saya tambah (hiris) 
1 biji tomato  - saya tambag dan potong 4
1 sudu  gula
2 sudu makan sos ikan atau sos tiram - saya bubuh sos tiram je 
sedikit air
sedikit daun sup and daun bawang (dihiris) 


Cara-cara:
1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.raas secukupnya dan dah ok tutup api.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih...makan panas2 memang perahhhhh  ! sedapppp..kuahnya pun sedap dihirup sekali..yummiii !!

** tip dari lili: 1) bedakkan juga ikan siakap dgn tepung jagung dan rasakan dgn garam ...lepas    tu baru di kukus.....
                       2) satu lagi kata lili klu guna tomyam pun sodapppp....


take note: ( lambat dpt infor: lain kali aida bedakkan dan cuba  bubuh perencah tomyam bila nak  operasi lg)...:10q :) 



Ahad, 4 November 2012

Daging Korban wat Gerang Asam.....memang layannnn....


~~Daging Korban wat Gerang Asam~~ hidangan utk t/ ari tadi......bukan bungkusan yg ke -3 ..tp tetel , otot2 serta sedikit daging di antara bungkusan2 daging korban.......pada sapa2 yg pernah menikmatinya pasti tidak akan lupa akan keenaknya...lebih sedap di makan dgn nasi putih hangat ,sambal belacan ..ulam2.. dan ikan kering wallah sungguh enakkkkkk..... salah satu masakan yg populer juga di melaka ...selepas Asam pedas melaka ..perahhhhh enakkk !! 



Masakan ni macam adik beradik asam pedas melaka juga tp lebih mengancam kerana ada penambahan bahan2, cara masaknya pun hampir sama cuma bezanya asam pedas ada  daun kesum / bunga kantan mana kala Daging Gerang Asam ianya dibubuh daun limau purut  dan kerisik serta bahan sampingan lain. ....Itu yg menambahkan keenakkannya ....:)
JOM
 SEMAK RESEPI...JOM MASAK DAN JOM LAYANNN..salam sayang dari Aida di SRKM...

Bahanya:
1kg daging lembu  +tetel + ototnya ( urat) lagi sedap  .. di rebus hingga empuk dan dikerat-kerat kecil- air rebusan jgn di buang..

Sesenduk lada kisar
1/2 sudu jintan - yg telah goreng tanpa minyak dan di tumbuk/kisar
1/2 sudu ketumbar -yg telah goreng tanpa minyak dan di tumbuk/kisar
1/2 sudu halba + biji sawi
1* labu bawang besar ,
3 *ulas bawang putih,
2 *batang serai ,
2 inci* halia dan lengkuas*- *nak sedap klu dapat semuanya di bakar kemudian di kisar ( ini tip yg diberikan oleh kawan aida asal dr melaka )....
1 keping asam keping / air asam pun boleh- secukup masamnya 
minyak utk menumis.
air secukupnya
3 helai daun limau purut- koyak2 kan 
serbuk perasa dan garam secukupya
2 sudu kerisik- agak2 kuah pekat dan cukup rasa lemaknya ... 

caranya:

  1. Tumiskan jintan,ketumbar, halba dan bij sawi sehingga naik bau. kemudian masuk bahan yg di kisar dan lada kisar ..tumis hingga garing dan naik wangi.
  2.  Bila dah garing masukk air rebusan daging, dan masukan daging yg telah direbus tadi ,dan tambah air rebusan daging secukupnya..
  3. - Perasakan dgn garam ,asam keping dan serbuk perasa jika suka.masak sehingga mendidih. last sekali,masukan keresik dan daun limau purut. rasalah secukup rasa...Dah siap... Hidangkan Daging Gerang ASam bersama  dgn nasi putih hangat, sambal belacan , ulam2  ..makan memang tak hinggat......heheh 

Selamat Mencuba...

Jumaat, 2 November 2012

Daging Satay Goreng ....Resepi dari Bondaku tercinta



Alhamdulillah Daging Korban Satay Goreng dah selamat di nikmati wat kami sefamily juadah t/ari tadi..ehemmmm resepi dr bonda tercinta memang ringkas ..senang dan Terbaik~ dan sedappppp.....Jom layannnnnn......:) usu Rose Rasdie...agak2nya sama dgn bonda punya tak?..w/p tak sehebat bonda tp lepas le kerinduan masakan bonda tercinta....wallah sedihnya.....:'(



Daging Korban bungkusan ke-2 beroperasi hari ini....Daging dlm proses pemerapan...utk lauk t/ari ini Sesungguhnya resepi "Daging Satay Goreng Resepi dari Bonda ku tercinta....ketika ini teringin sangat nak rasa air tangan bonda ku yg masih di tanah suci mekah.
...w/p pun rasanya nanti tak sehebat masakan bonda namun ilmu yg bonda ajari akan ku adaptasikannya hari ini.....lauk perbrettt kami , selalunya bonda hidangkan di hari lebaran....sayu seketika...:'(
 

~~Daging Satay Goreng citrasa Bondaku....

Bahan-bahan :
1 kilo daging  - dibersihkan dan dipotong kecil - potong berlawanan urat ok..
Gula pasir - rasa dan ikut sebanyak mana daging - tadi aida letak dlm 3 @ 4 sudu makan .BIasalah satay kan ada rasa manis..terpulang ikut citrasa masing2..
2 sudu rempah kari - jika suka . 
Garam - secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya  
** klu tak guna serbuk kari bubuh sikit serbuk kunyit / kisarkan kunyit hidup.

Bahan kisar (kasar)
2 sudu besar ketumbar biji - sangai
2 sudu kecil jintan halus - sangai
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah / sebiji bawang besar 
1/2 jari halia
 lengkuas
3 batang serai - hiris
Cara Membuat :


  1. Gaulkan bahan kisar pada daging  bersama gula, garam dan serbuk kari    hingga rata dan perap 1 jam atau lebih baik semalaman dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga agak layu .masukan air , tutup dan masak hingga daging empuk dan kuah pekat  .sekali sekali kacau rata  (biarkan naik minyak dan basah-basah sedikit), masak dgn api kecil .rasa dah ok boleh lah tutup api dan hidangkan.
  3. Enak di makan bersama nasi putih hangat .
  4. Lebih syokkk klu ada ketupat , kuah kacang, sayur lodeh wallah makan tak hinggatttt.... 
 ** Biasanya Hidang ni Bonda aida selalu hidang kan di hari lebaran...



Selamat mencuba dan salam sayang dari Aida di sini.....sampai jumpa lagi...muahhh :)