Isnin, 20 Jun 2011

~~KUIH KASWI PANDAN ~~

Terima kasih pada kk Roselinda Abdullah yang sudi berkongsi satu lagi kuih kaswi ..Biasa kita buat kuih kaswi gula merah...tp kali ni Aida operasi kuih Kaswi Pandan...wallah sedap dan yummyy..Klu nak lebih elok sejukan ianya betul2 sebelum di potong..semalaman lagi bagus...ianya lebih mampat..jom semak resepinya..

wat minum petang @ sarapan pagi memang sedap...simpan dulu semlm dlm peti ais biar sejuk baru makan wallah sedapppp..salam sayang dar Aida di SRKM....:) <3



Bahan- bahanya:
1250 ml santan
300g gula pasir
200g tepung beras
200g tepung sagu kanji
100g tepung jagung
1 sudu teh pes pandan
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh air kapur
sedikit perwarna hijau.

caranya:)
-Satukan semua bahan, adun hingga rata, kemudian tapis.
-Masak adunan himgga keluar wapnya.
-Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapi minyak terlebih dahulu. Kukus adunan selama 30 minit .Potong apabila adunan betul2 sejuk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan