Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Isnin, 20 Jun 2011
~~ Mee Bandung Citrarasa Aida ~~
"Sedap" juga ya dapat mamam "Mee Bandung" waktu petang2 gini ...Mee yg sangat fufular di area Muar Johor....wallah atas permintaan dari my hubby En.Sham ..Alhamdulillah jadi juga operasinya ...klu nak ke Bandung kenalah mengumpul dulu ya..huhuh..Jom layann..Mee Bandung citarasa Aida slurpppppp2.... :))
Bahan-bahan utk 6 org makan :))
2 peket mee kuning
15 ekor udang basah
100g udang kering blend
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
1 senduk cili kisar
2 biji kentang (size kecil) -direbus dan dilenyek - utk pekatkan kuah
3 sudu kacang tanah goreng(dtumbuk) - uk pekatkan kuah .
5/6 biji telur - ( Aida ada 6 org jadi telur nak 6 biji.....)
sawi
bawang goreng
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi
tauhu goreng - hiris nipis
hirisan cili merah.
Cara-cara :)
1. Celur mee kuning dan toskan ketepikan.
2. Blend bwg besar,bwg putih,.Panaskan minyak tumis bahan kisar dan cili kisar hingga masak.
3. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,kentang lenyek, kcg tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
** aida suka bubuh sos cili cikit dlm kuah....ni terpulang nak bubuh ke tak....
4. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
5. Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng,tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
SeLaMaT MeNcUba
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan