Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Sabtu, 25 Jun 2011
Ayam Goreng kunyit @
Bahan2 nya..
4 keping dada ayam ( di bersihkan, dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.
Cara dan Penyediaannya....
1.Gaulkan dada ayamm dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng jgn garing sangat. angkat dan ketepikan.
2. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih,
halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan
layu.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan dada ayam yg telah di goreng dan daun ketumbar.
4 Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan