Rabu, 29 Jun 2011

~~Kuih Keria~~

kuih keria wat berakfast pagi tadi...malas2 pun aida layan aje...


Alhamdulillh sarapan aida sekeluarga 31/1/11... kuih keria dan cek mek Molek TQVM naimah atas ilham rasa dan sumber resepi ceh mek yg sungguh sedappp.... wallah..... sempat juga utk anak2 b/fast sebelum pi sekolah.....sedapppppp...manisssssss.... ...yumiiiiiiii.....muahhhhhh :))


Bahan-Bahannya untuk wat KUih Keria:-)

600 g keledek
1 camca teh garam
1 cawan tepung gandum + sedikit lagi tepung
1 camca teh
baking powder
80 g gula pasir
1/4 cawan air

Cara membuatnya :-)

Kupas keledek, potong kecil2 dan rebus dengan 1 camca teh garam hingga
keledek empuk. Toskan dan lenyek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum
dan baking powder, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
Jika terlalu lembut, tambah 1 - 2 camca besar tepung. Sapu tapak tangan
dengan sedikit tepung. Ambil doh tadi (lebih kurang 35 g), bulat2 dan leperkan,
cucuk bahagian tengahnya untuk membuat lubang. Kemaskan dan alih ke dalam
loyang. Buat hingga siap.
Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng dengan api sederhana kuih
keria hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, buat hingga siap.
Alih minyak ke dalam bekas, dan dengan kuali yang sama, masukkan gula pasir
dan 1/4 cawan air, masak hingga gula pekat, masukkan kuih keria tadi dan gaul
rata2 hingga menyaluti kesemua kuih keria tadi.

Kemudian boleh diangkat, bila sejuk kuih keria tadi akan "bersakar" dengan
gula seperti gambar diatas...
dan salam sayang dari Aid di SRKM....

CATATAN :- Jumlah tepung bergantung pada jenis keledek, jika gunakan keledek kaler orange, perlu tambah tepung...dgn resepi ini juga boleh di wat kuih Che Mek MOlek ..cuma bubuh gula pasir sebagai inti dan bentukan bujur2

seperti dlm gambar dah siap boleh di sira...wallah sedapppp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan