Rabu, 29 Jun 2011

~~Nasi Ayam Madu~~

Salam wat semua..Semua org tahu wat nasi ayam....Dah lama tak pekena nasi Ayam terasa nak mengoperasi hari ini wat sajian menu makan t/ari aida sefamily....Maka terhasillah Nasi Ayam Madu aida ini wat santapan kami sekeluarga utk ari ini 23/4/2011....wallah sedap nya nasi ayam ni...yummiii kali ni ayamnya aida perap dan goreng saja....sos tu aida wat dgn masukan sup ayam yummiii sedappppp...:))



Bahan-Bahan utk Nasi Ayam :))
3 cawan beras , cucu bersih dan toskan
4 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)- ikut jenis beras yg di masak....klu guna beras basmati lagi sedap....
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar marjerin
Garam secukup rasa


BAHAN SUP AYAM :-)

1ekor ayam sederhana besar
air secukupnya hingga boleh menenggelamkan ayam
1 1/2 inci halia, hiris kasar
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, kerat 2
2 kiub pati ayam
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 cawan stok sup ayam
Gula dan garam secukup rasa
sos cili secukupnya

BAHAN PERAP AYAM :-)

3 camca besar madu
2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inchi halia - tumbuk

BAHAN HIASAN/ULAMAN :-)

Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SUP AYAM :-
Ayam dipotong2 , cuci bersih dan toskan. Dalam periuk satukan semua bahan2 untuk
sup kecuali lada hitam. Jerang hingga mendidih dan masukkan ayam. Masak dengan api sederhana selama 30 minit.
Keluarkan ayam tadi dan biar kan sejuk. Cedok keluar 4 cawan stok untuk memasak

nasi dan 1 cawan lagi untuk sos cili . Kemudian masukkan lada hitam,dalam baki kuah sup . Rasa dan jika perlu tambah air lagi dan garam secukup rasa. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

UNTUK NASI AYAM:- Panaskan marjerin/mentega dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga hingga harum, masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Kacau rata dan masukkan beras, goreng beras dengan bahan2 tadi selama 1 minit. Alih beras tadi dalam rice cooker, tuang stok ayam dan gaul.Tambah sedikit garam. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, balik2 kan nasi,Tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

UNTUK AYAM PANGGANG SEGERA :- Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. klu nak di goreng tak payah bubuh mentega.terus goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili .
UNTUK SOS CILI:-Cili merah, bawang putih dan tomato dikisar halus, tuang dalam periuk,masukkan stok ayam dan sos cili. Masak hingga mendidih, masukkan gula secukup rasa dan sedikit garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan