Khamis, 23 Jun 2011

KARIPAP INTI KELEDEK.CITRA-RASA AIDA...


Bahan-bahannya:-

1/2 kg tepung gandum
2 sudu besar marjerin - panaskan
1/2 cawan minyak masak - panaskan
garam sikit
2 cawan air air suam - jgn abiskan

INTI

5 biji keledek sedang
2 sudu besar udang kering -kisar
2 sudu besar kari ayam/daging
1 biji bwg besar- kisar
2 ulas bwg putih- kisar
i kuib pati ayam
Garam dan gula secukupnya
air
2 tangkai daun kari- hiris halus

Cara-cara:-

Untuk membuat kulit karipap - wat lubang ditengah2 tepung dan campurkan tepung gandum dahulu dgn marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup dan sedap dan tidak keras w/p sampai ke petang). Gaul rata guna sudip sbb panas. bila dah agak suam guna tangan gaul sebati dan jadi macam serbuk roti( peroi) lepas tu baru masukan Bancuh air +garam .Masukkan sedikit2. uli dgn tangan , Uli doh hingga boleh dicanai dan tiada tepung yg melekat kat tangan,dan mudah ketika mengelim.simpan doh dlm plastik utk mengelakan dari kering..

Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu , rendam dan ketepikan.
Blend udang kering,bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan daun kari kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam ,gula secukup rasa , serbuk perasa jik suka. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.

Apabila inti telah sejuk, boleh lah mulakan proses mencanai dan mengelim,dah siap ......Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.

Salam sayang dari Aida di SRKM......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan