Selasa, 3 Disember 2013

Roti Ban Sambal Ikan Bilis ;;;Gebu dan lembut bak roti di kedai....

Alhamdulillah hari ini operasi Meroti lagi ....Kali ni wat Roti Ban Sambal Ikan Bilis wat sarapan pagi..ini lah Hasilnya...Roti yg lembut dan gebu sekali....sumber resepi dari Roti Pandan isma Maisarah 10q... Izin kan saya mengadaptasikkannya di sini tanda aida telah mencubanya....

 Alhamdulillah hari ini operasi Meroti lagi wat sarapan pagi..setelah beberapa hari MR- Arrogant ku berehat....kali ini aida cuba wat Roti Ban Sambal Ikan Bilis pulak gunakan Water Roux sebagai bahan tambahan dlm adunan ...ini lah Hasilnya...Roti yg lembut dan gebu sekali....layannnnn panas2 memang tak perlu kata apa2... — di Taman Saujana Seksyen 2


Roti Ban Sambal Ikan Bilis.

500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)
2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.



Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.
Inilah rupanya Water roux

Sambal tumis Ikan bilis telah disediakan...wat le sambal seperti biasa ok.....







 Nyummmm2 dah siap boleh le nikmatinya panas2 lagi wallah.....dah sejuk pin masih lembut....selamat Meroti .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan