Selasa, 17 Disember 2013



Mayonis Nasyatilla 


Assalamualaikum w.b.t

Bagi mereka yang suka jadikan mayonis ini sebagai makanan ruji lebih elok buat sendiri mayonis tersebut dari menghabsiskan duit beli berbotol-botol mayonis. Home Made Mayonis....10q ya yg berkongsi resepinya....sungguh nyummm2 dan lazat...yg pastinya lebih jimat dan halal.... Jimat !

JOM kita tgk bahan2 nya pun mudah dan JOM cuba operasi .....

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Telur 2-3 biji. (Bilangan telur tertakluk pada bilangan orang yang nak makan. Kalau setakat nak dicampurkan dengan coleslow sebiji telur pun cukup).

2. Garam. (Ikut kuantiti telur. Jika 1-2 telur kuantiti garam hanya suku sudu teh)

3. Gula, 1 sudu teh kecil.

4. Cuka, 4-5 sudu besar/jus lemon

5. Minyak masak, 3-4 cawan. 

Cara-cara nak buat :

1. Mulakan dengan bismillah. Itulah rahsia penyedap ! 

2. Basuh telur, pastikan tiada najis-najis ayam yang terletak dikulit telur.

3. Pecahkan telur dan terus masukkan didalam mesin pengisar (Blender).

4. Masukkan garam. 

5. Masukkan gula.

6. Kemudian masukkan cuka. Anda semua boleh tentukan tahap kemasaman mayonis. Jika tidak suka terlalu masam, kurangkan cuka ! 

7. Masukkan 3 sudu minyak untuk permulaan. Sebenarnya yang membuatkan mayonis ini likat adalah minyak. Sebab itu, kadar kolestrol mayonis ini tinggi. Kolestrol= Sakit Jantung.

8. Kisar semua bahan-bahan tadi. 

9. Setiap 1 mini anda kisar, anda perlu masukkan sedikit demi sedikit minyak. Supaya ianya menjadi likat. 

10. Apabila sudah likat, rasa pun sedap dah boleh hidang mayonis tersebut dengan apa-apa makanan.

11. Pastikan , Alhamdulillah itu menjadi penutup kepada aktiviti masak anda. 

Selamat mencuba !







 SElamat Menikmatinya....sebelum Aida mengundurkan diri sambutlah sejambak kemesraan dari aida di sini...hingga kita jumpa lagi di N3 yg lain ...muahhhh2x salam sayang dari aida di SRKAM dan ENYOYYYY dgn apa yg anda wat utk family tersayangggggg :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan