Selasa, 13 November 2012

Grilled Chicken Chop....Coleslaw dan Sos Black Pepper....perahhhh meblessss seyyyy....



 Homemeda Grilled Chicken Chop...dengan sos black paper . coleslaw alah2 kfc dan kentang putar...memang meblessss.....:) " anak2 suka ..mamanya lebih gembira":D


Alhamdulillah telah selamat dinikmati hidangan t/ari ni dgn homemeda Grilled Chicken Chop... wallah sedappp bangettt hingga menjilat jari..... utk kamis sefamily.... layannnnn abissss  .....:)


Resepi Grilled Chicken Chop
Dada ayam dan peha ayam dibersihkan dan di bunag tulangnya
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock) - aida guna kiub pati ayam  jee..
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.



Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram - secukupnya 
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili - secukupnya 
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
sedikit gula - jika suka 
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!


Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)
6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.putar dan gaul bagi rata..
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata masuk kan dlm pipping bag dan picit memutar......jadi ke kentang putarrr...hahaha :)
bolehlah di hidangkan....
atau pun scoup dgn scoup ais cream...dan tuang sikit  sos black paper ...







COLESLAW

Tak ingat dah dapat resepi ni dari mana (maaf ye tuan punya resepi). Hasil coleslawnye mmg sebiiik macam kfc punye. Thumbs up to him sbb berjaya alter itu ini sampai menjadi coleslawnya mcm kfc.



Bahan-Bahan;-
Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil. kuantiti ikut suka)
sudu Mayonis - secukupnya 
sudu Fresh milk - secukupnya 
Sedikit gula garam - secukupnya
1 sudu kecil cuka - Aida gantikan dgn  jus limau kasturi  
Bekas ( plastic contauner / tupperware yg bertutup.

Cara Membuatnya

  • Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
  • Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Biarkan sebentar.
  • Masukkan mayonnis, susu Kuantiti mayonis dan fresh milk depends on berapa banyak veggie yg kita letak. Kalau terlebih akan jadi cair, kalau kurang tak cukup pulak jadinya. So, kesimpulannya agak-agak hehe.. add gula dan garam  ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. 
  • Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata.
  • Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
  • Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 3 jam @ lebih . Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”. Tapi kalau tak sabar, nak makan time tu juga, boleh… tiada siapa nak marah!
  • Setelah itu sedia di hidangkan ...

 Nota Tambahan
Kalau tiada cuka, boleh digantikan dengan perahan air limau nipis atau limau kasturi. Kalau tak nak letak terus pun tak apa sebab kemasaman mayonis tu pun dah memadai.
Kalau sesiapa yang gemarkan kemanisan, tambahlah gula lebih sket.
Kalau sesiapa yang sukakan “milky” tambah lebih susu la.
Resepi saya kat atas tu sbagai panduan saja , boleh adjust rasa ikut sesuka hati sendiri, lepas tu makan sendiri la.
Kalau makan tak habis, don’t worry, boleh simpan dalam peti sejuk hingga seminggu. Cuma perlukan bekas yang bertutup la. Selamat mencuba!



13 ulasan:

  1. Saya nak cuba masak kuah sos black papper tu. Tq sis..

    BalasPadam
  2. Nampak best n mudah. Terima kasih krn sudi berkongsi resepi. Lps ni blh la sy try... :)

    BalasPadam
  3. Assalm.dah bnyk kali buat tp next time nak cuba respi ni plak.tq 4 sharing

    BalasPadam
  4. Macam best jea..nnti cuti ana nk try lah...=)

    BalasPadam
  5. Nampak sedap dan menyelerakan. Next time boleh cuba buat jugak

    BalasPadam
  6. Nampak sedap dan menyelerakan. Next time boleh cuba buat jugak

    BalasPadam
  7. wah sedapnya....insyaAllah akan buat dalam masa terdekat

    jemput singgah blog sy RAHSIA ANAK CERGAS DAN CERGAS

    BalasPadam
  8. macam sedap...tak apa sya cuba try buat

    BalasPadam
  9. macam sedap...tak apa sya cuba try buat

    BalasPadam
  10. Terima kasih kongsi ilmu semoga mengalir menjadi amal jariah...aamiin

    BalasPadam