Assalamulaikum wat semua .Aida hari ini cuba operasi daging salai masak lemak cili padi ikut cara jiran aida Orang Negeri Sembilan masak memang tak bubuh bawang. Hanya tumbuk lumat2 cili api dengan kunyit hidup, pastu campur santan pekat dan didihkan. Campak sebatang dua serai dan sehelai dua daun kunyit. Apabila dah mendidih, baru masukkan daging salai yang dihiris nipis . klu ada belimbing ke mangga muda pun sodah ..bubuh sekali dlm daging salai tu.....
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi~~
400gram daging yang siap disalai dan dihiris nipis - klu rasa daging liat rebus sekejap.
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor - klu kurang masam
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
daun kunyit
sedikit garam
belimbing buluh / mangga muda
2 biji kentang dipotong yang dipotong berbentuk baji ( x nak letak pun takpe)
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.klu ada belimbing masukan sekali .
Wow...sedapnya...nak cuba...nak cuba...
BalasPadamJemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi